{ Cubaan suara,
Budi Bahasa Maruah Bangsa }
Bismillah hirrahman
nirrahim....terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, rakan-rakan panel yang saya
hormati, seterusnya warga dewan penyambung kemodenan negara.
Saya akan membawa anda menelusi
dengan lebih mendalam mengenai cara-cara mempraktikkan bagi memupuk amalan
berbudi bahasa ke arah menjulang maruah bangsa.
Warga dewan yang
saya hormati,
Amalan dan penerapan berbudi
bahasa sama ada dalam komunikasi, ucapan, panggilan atau dalam perlakuan dan
pergaulan dapat dipraktikkan dalam institusi kekeluargaan, kemasyarakatan,
pembelajaran dan perkhidmatan.
Dalam institusi kekeluargaan,
ibu bapa wajib mendidik anak-anak supaya bertutur dengan baik dan betul di
samping mempunyai kelakuan terpuji seperti bertingkah laku sopan, beradab dan
tertib dalam semua keadaan.
Di smping itu, hubungan antara
pemimpin masyarakat dan orang awam. Kita hendaklah menghormati seseorang yang
dipilih menjadi pemimpin dan menyokong pemimpin kita untuk menjayakan apa
sahaja rancangan serta tindakan untuk kebajikan bersama.
Bagi meneruskan perbincangan,
saya akan membawa anda mengenali budaya berbudi bahasa dalam institusi
perkhidmatan. Hubungan antara anggota yang dipimpin ketua dan rakan sekerja
haruslah mempunyai sikap murah hati, menunjuk ajar, saling hormat-menghormati,
mematuhi undang-undang serta bersikap ringan tulang dan bermuafakat.
Warga dewan
intelek berevolusi,
Selain itu, antara
organisasi-organisasi dengan pelanggan, anggota perkhidmatan yang berkhidmat di
kaunter-kaunter barisan hadapan dan perkhidmatan telefonis. Adalah menjadi
cerminan kepada keseluruhan organisasi yang diwakilinya. Pelanggan akan merasa
tenang apabila menerima perkhidmatan yang penuh beradab dengan tutur kata yang
lembut dan sopan, adi dan saksama, sedia membantu tanpa diminta serta tidak
membiarkan pelanggan menunggu lama berbaris panjang dan tidak menjawab telefon
dengan membiarkan ianya berbunyi lebih daripada 30 saat. Dan kita haruslah
berterima kasih kepada jabatan yang telah menyediakan piagam pelanggan seperti
yang terdapat di hospital-hospital kerajaan.
Oleh yang demikian, sudah terang
lagi bersuluh, amalan berbudi bahasa perlu dipraktikkan dalam institusi dan
sektor awam mahupun swasta bagi mengharmonikan masyarakat dan negara. Bagi mengakhiri
bicara saya, dengarkan serangkap pantun :
Tingkap
papan kayu bersegi,
Sampan
sakat di Pulau Angsa,
Indah
tampan kerana budi,
Tinggi
bangsa kerana bahasa.
Sekian, wallahualam... berbalik
kepada pengerusi majlis.
>>>> ini adalah contoh teks forum remaja peringkat daerah...masa ini aku tingkatan empat...pengalaman yang berharga walaupun pada mulanya aku tak nak pun masuk...tapi cikgu BM aku, Cikgu Halimah tetap suruh aku mencuba....dan hasilnya, dapat la tempat kedua peringkat daerah rembau...hua5 :D
P/S : kadang-kadang kita tak tahu atau tak nampak bakat atau kebolehan yang ada pada diri kita....sehinggalah kita mencuba dan menempuhi segala rintangan itu sehingga berjaya.... hasilnya, KEPUASAN yang kita terima....alhamdulillah....TERIMA KASIH CIKGU!!!! ^_^

Wut?
ReplyDelete