Bismillah
hirrahman nirrahim...
Hari ini aku teringin sekali berkongsi cerita mengenai pengalaman
aku berpraktikum...praktikum tu apa ye??? bagi sesiapa yang x tahu...meh sini
den nak koba skit kek korang semuo (terkeluar loghat nismilan den
ha..heeeeee:D}
Praktikum ni sebenarnya macam praktikal lar...bagi budak2 atau
lebih tepat lg para guru pelatih yang belajar di IPG (Institut Pendidikan Guru)
/ maktab, mereka ni akan menjalani praktikum sebanyak 3 kali sepanjang
pengajian...jadi, aku pun tidak terkecuali... :p
Alhamdulillah, bagi praktikum 1 ni, aku sangat bersyukur dihantar
ke SK PEREH, Hulu Terengganu...Walaupun sekolah tu pedalaman, tapi aku selesa
dan seronok sekali berada di sana...senang cerita, x tertekan lar macam kawan2
aku yang berpraktikum di kawasan bandar... di sini aku nyatakan sedikit
kelebihan atau mengapa aku bahagia sepanjang keberadaan aku di sana...
Pertama sekali, pentadbiran sekolahnya
terbaik...masa aku dan kawan aku sampai di sekolah tu, aku disambut baik oleh
semua warga sekolah... cikgu2 lama yang ada dekat situ x sedikit pon rasa kekok
dengan kehadiran kami...ada dalam kalangan mereka gemar berkongsi cerita dan
pengalaman2 mereka sepanjang menjadi guru...selain itu, ada juga yang
memberikan nasihat kepada kami sebagai guru muda yang bakal mendidik anak
bangsa kelak...dan yang penting sekali, aku dan kawan aku ni dianggap sebagai
"ahli keluarga baru" dalam sekolah tu...
Keduanya mengapa aku bahagia di sini ialah aku dihormati.
Walaupun aku hanya menjalani praktikum selama sebulan sahaja di sana, abg dan
akk2 kantin dah mula buat aku rasa segan...layanan yang abg dan akak2 kantin
berikan terlalu istimewa.... {nangis2...isk3} Mereka memanggil aku dgn
panggilan "CIKGU" ...Contohnya, " cikgu, cikgu nak makan apa
hari ni???" perghhh....mmg terharu giler...(brutal, brutal jgk...aku ni
pun manusia biasa...mmg akan tersentuh lar bila melalui perasaan mcm
ni) Biasanya, klaw akak2 kantin skolah bandar tu dia panggil aku camni je
"adik, adik nak makan / minum ape??" ...gitu je... Bukan aku hendak
sangat pun diri aku ni dihormati sampai begitu sekali....tapi, abg dan akak
kantin sekolah aku praktikum ni hormat aku sampai tahap tu...kalau duduk lepak
dgn brader kantin tu pun, dia akan bahasakan diri aku ni cikgu..."cikgu2,
kalau cikgu nak tahu, dekat tempat ........ ada banyak ikan...." mereka ni
sgt peramah dan "friendly"....x dapat nak diungkap dalam ni mcm mana
situasi tu...huhu~~~
Tadi cerita dekat sekolah,skrg ni cerita
dekat rumah sewa yang aku tinggal plak...masyarakat kat sana mmg menghormati kerjaya
guru ni...kerjaya guru ni dianggap sangat mulia...sampai kadang2 aku pun rasa
malu dan segan je bila berhadapan dgn msyarakat kampung kat situ...layanan
mereka tersangatlah baik pada aku..sampai ada sekali tu, aku dan kawan aku
diajak ke kenduri tahlil...ada jugak yg bagi keropok lekor free..mmg murah
rezeki aku dan kawan aku masa kat sana...syukur... :D
Ketiganya, diri ini dihargai. Hari terakhir
aku dan kawan aku di sekolah tu, ada lar majlis perpisahan... x sangka pula
kami berdua diminta untuk berucap...jadi, semua ayat dalam ucapan aku tu x
dirancang lar...semuanya keluar dari hati yang
tulus....cewaaaaaaahhh...hahaha~~~ sampai member aku ni, dia bley layan tacink
plak...nangis beb...hahaha...{ aq gelak sbb masa tu ada sorang cikgu lelaki muda
yg ejek muka member aku tu (member aq = lelaki) ...siap buat gaya tangan
ketika menangis lg...kui3 :D },.... tp, x sangka plak ada sorang cikgu ni
menangis jgk dgr ucapan member aq yg tersedu-sedan tu... itu menunjukkan diri
kami ini disenangi dan disayangi lagi dihargai oleh cikgu tu...
Begitulah serba sedikit cerita aku sepanjang
berpraktikum selama sebulan di sekolah pereh...Sebenarnya, aku x tahu mcm mana
aku nak tunjukkan betapa bersyukurnya aku dapat berpraktikum di sekolah tu
dalam bentuk penulisan ni....selain tu, aku x tahu mcm mana nak berterima kasih
kepada semua cikgu2 yang ada kat skolah tu, abg n akk2 kantin yang baik hati,
org kampung yg menghormati dan menghargai kami... semoga Allah SWT memberkati
kalian dan kalian dilindungi dan dirahmati Allah selalu...
Mmg aku x nafikan, ada jgk perasaan x seronok bler dapat tahu kena
tggl dekat pedalaman dan jauh drpd bandar...ye r, nak tgk bola jauhhhhhhhh!!!!
tu je...heeeee :D tp, bler lama2 duk situ dan mengajar di sekolah tu, aku rasa
seronok plak...aq rasa mcm nak ngajar kat skolah tu je nnt...bukan ape, aq
kesian kat anak2 murid aku ...aq tgk, mereka ni mcm x pentingkan pelajaran
je...kalau nak dtg sekolah, diorang datang...kalau xnk, diorang x
dtg....mudahhhh.... padahal ilmu tu sgt penting dalam dunia atau era globalisasi
kini... tanpa ilmu, macam manalah mereka2 ni nak memajukan diri mereka nanti...??? macam mana nanti kalau anak murid aku ni hidup susah drpd apa yg mereka ada skrg??? dah besar nnt mereka nak jadi ape kalau skrg xnk blaja sgguh2??? huh.....sampai tahap
tu aku fikir....sampai satu hari tu, aku luahkan jugak perasaan aku kat
murid-murid tahun tiga {hari terakhir aku kat skolah tu} aku kongsi lar tips
kejayaan pada diorang... Semoga, anak-anak murid aku tu faham dan sentiasa
mengikut tips kejayaan yang aku bagi tu....insyaAllah, kejayaan PASTI menjadi
milik mereka....amin...
"EXPERIENCE IS A GOOD TEACHER"....so, learn through your
experience...although there is time felt bitter, however take
it as a challenge to we attain success !!!
No comments:
Post a Comment
sembang apa?!