Hari ini aku baru saja habiskan satu sesi kursus pra perkahwinan dekat tempat aku belajar...agak keletihan jugak la... bukan apa pun, duduk dan dengar je penceramah bagi info dan perkongsian pengalaman mereka yg berkaitan dgn perkahwinan...kursus praperkahwinan ni mmg menjadi syarat wajib kepada semua rakyat Malaysia yg beragama Islam yg hendak berkahwin... hidup saling cinta menyintai dan saling sayang menyayagi itu satu fitrah dalam diri setiap insan...sesiapa pun jangan nak menafikan fitrah ni...dan kebiasaannya perasaan ini diakhiri dengan perkahwinan...:p {tp,bila aku nak kahwin? itu aku pun x tahu lg...hehehe :D}
Sebenarnya, atas tu intro shja...yg aku nak post dan luahkan arini berkaitan KEPANTANGAN AKU!!! Apa itu kepantangan??? { cuba jawab dulu.... :D } kepantangan sebenarnya bermaksud sesuatu yg tidak disukai atau lebih tepat lg dibenci oleh seseorang... kepantangan ni semacam sensitiviti seseorang tu laaa...aku sgt yakin dan percaya bahawa setiap org ada kepantangan / larangan yg telah mereka tetapkan...jadi, sekarang aku nak cerita mengenai kepantangan aku tu dekat sini....ngeeeee :D
Pertama sekali ialah kepantangan aku apabila agama aku yakni ISLAM dipermain2kan atau direndah2kan...
Sesiapa yg berniat sedemikian, mmg aku tentang habis-habisan... berkenaan hal ini, aku teringat semasa aku di tingkatan 2...masa tu ada la kelas gabung sbb cikgu yg betul aku x dtg...masa tu subjek bahasa inggeris... jadi, aku dan kawan2 aku terpaksalah masuk kelas lain...kebetulan, cikgu BI kelas lg satu tu beragama lain...{maksudnya, bkn agama Islam la....} nak dipendekkan cerita, berlakulah salah faham antara aku dan cikgu BI tu... yg aku x boleh terima, dia kutuk agama Islam kaw2 punya sbb aku pakai songkok masa tu....{biasa r, budak baik kan...hahaha} then, cikgu tu siap suruh aku cabut songkok aku tu sbb aku x melambangkan sikap seorang Islam bg dia.... {padahal, dia tnya aku..."dah siap ke latihan ni???' aku jawab "dah"...dia tnya latihan lain, aku jawab benda sama jgk... dan seterusnya...} agak2 bila dia rasa dah muak, dia tetiba marah aku...aku apa lg, angin satu badan laaaaaa....aku cabut dan hentakkan songkok aku atas meja kuat2... {biasa la, darah muda :D} huh~~~ last2, kes aku ni dibawa ke guru besar...aku jgk yg dipersalahkan atas kesalahan main2 di dalam kelas....mmg sengal...padahal cikgu tu rasis gler...nyampah aku!!!
Keduanya, ialah kepantangan aku bilamana nama atau apa2 yg berkaitan ibu bapa aku diejek2 / dipermain2kan / dikutuk2 oleh orang lain... yg ni mmg aku HOT!!! Biasa r zaman budak2 dulu...suka main ejek2 nama mak bapak org lain...kutuk2 bagai...kepantangan ni jugalah yg buat aku menyirap sgt dgn cikgu BI aku dulu tu...lps dia kutuk agama aku, dia siap kata mcm ni lg kat aku..."mari ke depan sekejap..." aku pun dgn hati yg bengkak menurut je perintah dia...sampai depan, dia kata mcm ni pulak " mak bapak kamu x ajar ke..." lps tu ada la word dia yg buat kepanasan aku naik sampi ke otak...dah x igt dah....dia x abis cakap lg time tu, aku terus balik ke tempat duduk aku...dalam aty... "go to hell laaa..." hohoho~~~ nak dijadikan cerita, lalulah pengetua sekolah aku plak...dia tgh buat rondaan masa tu...tu yg kena masuk nama dalam buku merah ...kui3 :p
Kepantangan aku yang ketiga ialah ketika maruah aku atau ahli keluarga aku direndah atau dijatuhkan oleh org lain...
Yang terakhirnya, kepantangan aku ialah mencuri.... aku teringat dulu peristiwa masa di sekolah menengah... aku duduk asrama masa tu... kes mencuri dah jadi suatu perkara biasa di asrama.... x percaya, cuba duduk asrama dulu...majoriti yang duduk asrama tahulah mcm mana situasi ini berlaku... aku dulu Ketua bagi AJK disiplin asrama...boleh dikatakan setiap tahun, mesti ada je kes mencuri ni...ada je budak dtg mengadu dkt aku... dan kebiasaannya, aku akan cuba settlekan kes mencuri ni dgn menggunakan kuasa aku...sepanjang aku menjalankan penyiasatan terhadap kes2 yg dilaporkan , alhamdulillah dapat diselesaikan... {bajet detective conan skit...heeee}Maksudnya, pencuri dapat dikenalpasti dan ditangkap untuk dibawa ke muka PENGADILAN aku....cewaaaaahhh...:D {faham2 sendiri la...} Pernah ada satu kali tu, kes "pengadilan aku" ni sampai ke pengetahuan bapa kepada seorang "penjenayah" tu...apa lg, bapa budak tu pun serang la asrama aku...gerun gak time tu...dia bawa kayu chota kot...mengamuk nak bantai aku n gang2 aku yg belasah anak dia tu...nasib baik ada sorang ustazah tu tenangkan pkcik gila tu..kalau x, mampus aku...hohoho~~~ esok harinya tu, kes aku dibawa ke pengetua sekolah...apa lg, masuk bilik disiplin r aku dan kawan aku tu... kitorang digantung asrama...{padahal kitorg duduk je asrama spnjg tempoh kena gantung tu...kikiki :D} yg paling aku sedih masa tu, mak ayah aku decide nak pindahkan aku ke sekolah lain...nasib baik x jadi...huhu~~~
P/S : Jgn cakap / buat apa2 yg menjadi kepantangan rakan kita yang mana bila ianya berlaku ke atas diri kita sendiri, kita akan menjadi marah / benci / x suka...Sekiranya ada rakan kita yg TERcakap atau TERbuat perkara2 yg menjadi kepantangan kita tu, kita cubalah berSABAR sebaik mgkin...Hal ini kerana, mgkin rakan kita tu x tahu pun benda yg mereka buat tu x disukai oleh kita....Seelok2nya, kita hendaklah berterus-terang dgn rakan kita akan hal berkenaan dan cuba menyelesaikannya sebaik mungkin....masalah boleh settle kalau semua orang bawak berbincang secara berhemah dan bertolak ansur...SEKIAN... {bab cikgu BI aku tu....aku x dpt maafkan...huhuhu~~~}
P/S : Jgn cakap / buat apa2 yg menjadi kepantangan rakan kita yang mana bila ianya berlaku ke atas diri kita sendiri, kita akan menjadi marah / benci / x suka...Sekiranya ada rakan kita yg TERcakap atau TERbuat perkara2 yg menjadi kepantangan kita tu, kita cubalah berSABAR sebaik mgkin...Hal ini kerana, mgkin rakan kita tu x tahu pun benda yg mereka buat tu x disukai oleh kita....Seelok2nya, kita hendaklah berterus-terang dgn rakan kita akan hal berkenaan dan cuba menyelesaikannya sebaik mungkin....masalah boleh settle kalau semua orang bawak berbincang secara berhemah dan bertolak ansur...SEKIAN... {bab cikgu BI aku tu....aku x dpt maafkan...huhuhu~~~}
No comments:
Post a Comment
sembang apa?!