Brutalticer

02 June 2012

TIPS KEJAYAAN ^_^

assalamualaikum...

Hari ni merupakan hari cuti... Aku dapat cuti 3 minggu selepas 2 minggu berhempas pulas menghadap buku untuk peperiksaan akhir semester...yeaaahhhhh :D

Biasalah, masa cuti2 ni perasaan bosan selalu menghimpit diri kita tatkala tiada idea / benda yang nak dibuat dekat rumah... Jadi dengan ini, aku nak berkongsilah sikit tips kejayaan yang aku dengar dari radio IKIM.fm...

PERTAMA : sentiasa berfikir

KEDUA      : sentiasa berusaha

KETIGA     : sentiasa berdoa

KEEMPAT : sentiasa bertawakal


Bagi tips yg PERTAMA tu... maksudnya, kita sebagai manusia ni haruslah sentiasa berfikir dari semasa ke semasa... Tidak kiralah berfikir cara nak menyelesaikan sesuatu masalah, berfikir untuk masa hadapan, dan sebagainya... Dengan berfikir inilah kita akan mendapat sesuatu yang baru iaitu IDEA...apabila idea sudah tercetus di minda kita, maka akan lahirlah sesuatu yang dipanggilnya USAHA!!!

Usaha perlu dilakukan secara berterusan....org yg berjaya ialah org yg sentiasa berusaha... Tanpa usaha yg gigih, kita tidak mungkin akan mengecapi KEJAYAAN... Kejayaan yg dikecapi tanpa usaha yg gigih tidak bermakna bg diri seseorang individu tu... Contohnya, seseorang individu itu menggunakan pengaruh / pangkat / status sosial mereka utk mendapatkan sesuatu dgn cara yg lebih mudah... Walaupun kejayaan tetap mereka kecapi, namun....tiadanya KEMANISAN dalam KEJAYAAN... Kejayaan yg hakiki ialah kejayaan yg dikecapi setelah melalui pelbagai ranjau, onak dan duri sebelum menggapainya...itulah yg dinamakan USAHA!!!

Seterusnya ialah sentiasa BERDOA.... setelah kita berusaha sehabis baik untuk sesuatu pekerjaan / perkara, berdoalah kepada ALLAH SWT sbg langkah seterusnya...Doa yg dipohon perlulah bersungguh2... Jangan kita sesekali berputus asa kpd Allah SWT... "berdoalah kepadaKU (Allah), nescaya akan AKU perkenankan"...  Sekiranya apa yg kita usaha dan doa tidak dimakbulkan, jgnlah kita berputus asa... Sebaliknya, kita perlu berdoa dan berusaha lg... Janganlah kita berhenti berharap kepada Allah... Melalui cara ini, walaupun kejayaan yg kita kehendaki tidak dapat dinikmati, KETENANGAN akan kita miliki...insyaALLAH...

Setelah proses berfikir, berusaha, dan berdoa telah kita tempuhi....maka, yg terakhirnya ialah proses TAWAKAL...tawakal di sini bermaksud menyerah diri kepada ALLAH SWT... sesungguhnya, Allah lah yg Maha Berkuasa... DIAlah TUHAN penguasa sekalian alam...yg menciptakan langit, dan menciptakan bumi... Siapalah kita sekiranya hidup tidak bertuhan...Siapalah kita seandainya bertuhankan selain drpd ALLAH... Sesungguhnya, Allah jualah Tuhan yg MAHA MENGETAHUI atas tiap2 sesuatu... REDHA itu indah, PASRAH itu menyerah... Oleh itu, jgn sesekali kita pasrah kerana telah adanya redha...apabila seseorang itu redha dgn ketentuan Allah, maka bahagia menanti mereka...insyaAllah...


*Tips ini juga telah aku kongsikan kepada anak2 murid aku semasa aku berpraktikum fasa pertama... Biarlah mereka x berapa nak faham aku cakap apa masa tu... Yang penting, mereka TAHU...!!! ok, itu saja....sekian...

P/S : lain org, lain tips kejayaan yg dipegang...Jadi, yang dikongsikan ini adalah asas kepada tips2 kejayaan yg lain... yang baik jadikan tauladan, yg x baik jadikan sempadan... PEACE NO WAR!!! moga NEGARAKU kekal aman dan bahagia... AMIIN YA RABB ^_^


No comments:

Post a Comment

sembang apa?!