03 August 2012
NIKMAT TUHAN !
26 July 2012
RAMADHAN DAN SAHUR !!! :D
Allahumma...bariklana... fimaa.. razaktana...waqina...azabannar..amiin... ^_^
sesungguhnya, aq telah menjumpai dan merasai menu yang paling sedap utk disantap sebagai alas perut di bulan Ramadhan yg mulia ini....alhamdulillah...hehehe :D
>>>> >>>
23 July 2012
Praktikum Ke-2
lain benar rasanya praktikum kali ni...mgkin sbb berada dalam bulan Ramadhan yg sememangnya diwajibkan ke atasku dan muslim2 yg lain berpuasa di bulan ini....moga barakah dlm bulan ini membuatkan jiwaku senang dan tenang sentiasa.... :D
02 July 2012
Ketenangan...ngeh3 ^_^
kawan2 serumah sewa dgn aku semua tahu ....atau mungkin ada yg pelik dgn aku...ye la, muka brutal (rockers la senang cite), tp asal buka laptop je, mesti lagu nasyid...wahahaha~~~
aku pon tataw camana nak cite...tp seriously, bila dgr lagu nasyid ni, hati aku jadi tenang...aku sgt suka lagu2 yg memuji Tuhan yakni Allah SWT atau apa2 lagu yg boleh membangkitkan keinsafan kepada diriku yg lemah lagi hina ni... huhu~~~
Jadi, aku nak kongsikan la naysid dendangan Nazrey, bekas ketua kumpulan Raihan ni.... selamat mendengar.. ^_^
23 June 2012
Kepantangan Aku!!! @_@
Keduanya, ialah kepantangan aku bilamana nama atau apa2 yg berkaitan ibu bapa aku diejek2 / dipermain2kan / dikutuk2 oleh orang lain... yg ni mmg aku HOT!!! Biasa r zaman budak2 dulu...suka main ejek2 nama mak bapak org lain...kutuk2 bagai...kepantangan ni jugalah yg buat aku menyirap sgt dgn cikgu BI aku dulu tu...lps dia kutuk agama aku, dia siap kata mcm ni lg kat aku..."mari ke depan sekejap..." aku pun dgn hati yg bengkak menurut je perintah dia...sampai depan, dia kata mcm ni pulak " mak bapak kamu x ajar ke..." lps tu ada la word dia yg buat kepanasan aku naik sampi ke otak...dah x igt dah....dia x abis cakap lg time tu, aku terus balik ke tempat duduk aku...dalam aty... "go to hell laaa..." hohoho~~~ nak dijadikan cerita, lalulah pengetua sekolah aku plak...dia tgh buat rondaan masa tu...tu yg kena masuk nama dalam buku merah ...kui3 :p
P/S : Jgn cakap / buat apa2 yg menjadi kepantangan rakan kita yang mana bila ianya berlaku ke atas diri kita sendiri, kita akan menjadi marah / benci / x suka...Sekiranya ada rakan kita yg TERcakap atau TERbuat perkara2 yg menjadi kepantangan kita tu, kita cubalah berSABAR sebaik mgkin...Hal ini kerana, mgkin rakan kita tu x tahu pun benda yg mereka buat tu x disukai oleh kita....Seelok2nya, kita hendaklah berterus-terang dgn rakan kita akan hal berkenaan dan cuba menyelesaikannya sebaik mungkin....masalah boleh settle kalau semua orang bawak berbincang secara berhemah dan bertolak ansur...SEKIAN... {bab cikgu BI aku tu....aku x dpt maafkan...huhuhu~~~}
02 June 2012
TIPS KEJAYAAN ^_^
Hari ni merupakan hari cuti... Aku dapat cuti 3 minggu selepas 2 minggu berhempas pulas menghadap buku untuk peperiksaan akhir semester...yeaaahhhhh :D
Biasalah, masa cuti2 ni perasaan bosan selalu menghimpit diri kita tatkala tiada idea / benda yang nak dibuat dekat rumah... Jadi dengan ini, aku nak berkongsilah sikit tips kejayaan yang aku dengar dari radio IKIM.fm...
PERTAMA : sentiasa berfikir
KEDUA : sentiasa berusaha
KETIGA : sentiasa berdoa
KEEMPAT : sentiasa bertawakal
Bagi tips yg PERTAMA tu... maksudnya, kita sebagai manusia ni haruslah sentiasa berfikir dari semasa ke semasa... Tidak kiralah berfikir cara nak menyelesaikan sesuatu masalah, berfikir untuk masa hadapan, dan sebagainya... Dengan berfikir inilah kita akan mendapat sesuatu yang baru iaitu IDEA...apabila idea sudah tercetus di minda kita, maka akan lahirlah sesuatu yang dipanggilnya USAHA!!!
Usaha perlu dilakukan secara berterusan....org yg berjaya ialah org yg sentiasa berusaha... Tanpa usaha yg gigih, kita tidak mungkin akan mengecapi KEJAYAAN... Kejayaan yg dikecapi tanpa usaha yg gigih tidak bermakna bg diri seseorang individu tu... Contohnya, seseorang individu itu menggunakan pengaruh / pangkat / status sosial mereka utk mendapatkan sesuatu dgn cara yg lebih mudah... Walaupun kejayaan tetap mereka kecapi, namun....tiadanya KEMANISAN dalam KEJAYAAN... Kejayaan yg hakiki ialah kejayaan yg dikecapi setelah melalui pelbagai ranjau, onak dan duri sebelum menggapainya...itulah yg dinamakan USAHA!!!
Seterusnya ialah sentiasa BERDOA.... setelah kita berusaha sehabis baik untuk sesuatu pekerjaan / perkara, berdoalah kepada ALLAH SWT sbg langkah seterusnya...Doa yg dipohon perlulah bersungguh2... Jangan kita sesekali berputus asa kpd Allah SWT... "berdoalah kepadaKU (Allah), nescaya akan AKU perkenankan"... Sekiranya apa yg kita usaha dan doa tidak dimakbulkan, jgnlah kita berputus asa... Sebaliknya, kita perlu berdoa dan berusaha lg... Janganlah kita berhenti berharap kepada Allah... Melalui cara ini, walaupun kejayaan yg kita kehendaki tidak dapat dinikmati, KETENANGAN akan kita miliki...insyaALLAH...
Setelah proses berfikir, berusaha, dan berdoa telah kita tempuhi....maka, yg terakhirnya ialah proses TAWAKAL...tawakal di sini bermaksud menyerah diri kepada ALLAH SWT... sesungguhnya, Allah lah yg Maha Berkuasa... DIAlah TUHAN penguasa sekalian alam...yg menciptakan langit, dan menciptakan bumi... Siapalah kita sekiranya hidup tidak bertuhan...Siapalah kita seandainya bertuhankan selain drpd ALLAH... Sesungguhnya, Allah jualah Tuhan yg MAHA MENGETAHUI atas tiap2 sesuatu... REDHA itu indah, PASRAH itu menyerah... Oleh itu, jgn sesekali kita pasrah kerana telah adanya redha...apabila seseorang itu redha dgn ketentuan Allah, maka bahagia menanti mereka...insyaAllah...
*Tips ini juga telah aku kongsikan kepada anak2 murid aku semasa aku berpraktikum fasa pertama... Biarlah mereka x berapa nak faham aku cakap apa masa tu... Yang penting, mereka TAHU...!!! ok, itu saja....sekian...
P/S : lain org, lain tips kejayaan yg dipegang...Jadi, yang dikongsikan ini adalah asas kepada tips2 kejayaan yg lain... yang baik jadikan tauladan, yg x baik jadikan sempadan... PEACE NO WAR!!! moga NEGARAKU kekal aman dan bahagia... AMIIN YA RABB ^_^
18 April 2012
BACALAH DGN MATA HATI
p/s : renung2kan... {aq mmg suka baca blog org lain....blog yg mana boleh menaikkan motivasi aq, lg menginsafkan diri ini...kalau setakat pengalaman idup seseorang tu, aq kureng skit...moga kalian pon begitu juga ....peace no war...} :D
16 April 2012
JAUH PERJALANAN, LUAS PENGALAMAN...
Hari ni aq bukan nak cerita apa2...cuma terbaca kata-kata drpd seorang tokoh yg aq segani....
Kepercayaan adalah faktor paling penting bagi menentukan kejayaan dalam hubungan
sesama insan. Dipercayai lebih utama dari dicintai. Jika kurang dipercayai, lama kelamaan
cinta akan terhakis.Apabila hilang kepercayaan, rasa cinta, hormat, kasih dan sayang akan
musnah.” Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood (16 April 2012)
14 April 2012
PENGALAMAN ITU INDAH ^_^
24 March 2012
SECEBIS KATA UNTUK SI PEMADAH CINTA DUSTA!
baca yang ini agar kalian mengerti >>> "Cinta yang kucari adalah cinta Ilahi. Hati ini masih belum benar-benar mencintai Ilahi, aku tidak rela meretakkan cinta yang kusulam dengan cinta ajnabi. Carilah cintaNya yang hakiki, nescaya kau tidak kecewa dengan duniawi."
renung-renungkan....selamat beramal!!!
26 February 2012
TANGGUNGJAWAB

Sekiannnnnnn.... (^_^)
20 February 2012
FAMOUS PERSON WITH MULTIPLE INTELLEGENCE
(kalau ada kesalahan tatabahasa dalam ayat di atas, harap maaf ye...saya orang melayu...hahahaha~~~) peace, no war (^_^)v
13 February 2012
PILIHAN DI TANGAN ANDA!!!
situasi pertama:
lepas fikir masak2...aq rasa aq x dpt nak bg komitmen dekat kelab catur tu...almaklumlah, sem ni aq dah kena praktikal...
Pengakhirannya, aq telah menolak jawatan yg ditawarkan tu....sebab ape??? haa...baco blk tajuk entry aq td...wahahaha (^_^)v
Janganlah kita tamak nak pegang jawatan bnyk2....kalau kita rasa kita x sanggup atau x mampu utk menggalas apa2 tanggungjawab, baik tolak awal2 lg...sonang cito!!! bukan apo, bg r rakan2 lain yg dirasakan mampu menggalas dan sanggup pegang jawatan tu dgn hati yg gembira lg ikhlas....bila sesuatu kerja itu dibuat dgn keikhlasan, hasilnya lebih memberangsangkan....kalau ada yg fikir nak pegang jawatan bnyk2 utk femes, baik x pyh....ada apa dengan pangkat di dunia....klaw stakat nak femes kat dunia,masuk kubur zero jgk.., baik x pyh...
sekian, terima kasih... wassalam
{mcm tulis surat utk kekasih plak an...hua5 :p}
23 December 2011
CHECK LIST DIRI =)
Tanda-tanda berkurangnya iman ialah:
1. Terus menerus melakukan dosa dan tidak merasa bersalah.
2. Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca al-Quran.
3. Lambat melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan solat.
4. Meninggalkan sunnah, sunat dan wajib.
5. Memiliki suasana hati yang gelisah seperti bosan dalam kebaikan.
6.Tidak terasa apa2 pun ketika mendengarkan ayat al-Quran yang dibacakan.
7. Berat dalam mengingati Allah.
8. Tidak merasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari’ah.
9.Terlalu bersemangat dengan kedudukan dan bimbang kehilangan jawatan.
10. Kedekut dan bakhil, tidak mahu membahagikan rezeki yang dikurniakan Allah.
11. Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.
12. Berasa senang di atas kegagalan orang lain.
13. Hanya memperhatikan yang halal dan haram, dan tidak menghindari yang makruh.
14. Mempermainkan orang yang berbuat kebaikan kecil.
15. Tidak mahu memperhatikan keadaan dan musibah yang ditanggung kaum muslimin.
16. Tidak berasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam.
17. Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya malah menyalahkan takdir, hanya boleh terima
takdir baik sahaja.
18. Suka membantah, tanpa memiliki bukti / cadangan / pandangan yang lain terhadap sesuatu isu.
19. Hanya bersemangat untuk pekerjaan duniawi, sebaliknya tidak bersemangat perkara ukhrawi.
20. Berasa bangga dengan kebaikan sendiri, sombong dan bongkak dengan kedudukan.
Post ini bertujuan untuk kita bermuhasabah diri bersama....tidaklah aku bertujuan mengatakan diriku ini lebih baik daripada kalian....akan tetapi, mengajak rakan2 semua ke arah yg lebih baik..... insyaAllah =)
23 November 2011
Petua Imam Syafi'e
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan...
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata...
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata...
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran...
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR...
1. TIDUR PARA NABI >>> Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH >>> Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA >>> Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN >>> Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
10 November 2011
~ DAKWAH UNTUK SEMUA ~
"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk"
(Surah An-Nahl, ayat 125)
"Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya."
(Surah Ali-Imran ayat 104)
"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."
(Hadis Riwayat Muslim)









