Brutalticer

25 December 2012

"How To Be A Great Teacher" - {reflection for forum}


Bismillah hirrahman nirrahim....first of all, thanks to my God because with His blessing and help, my class have done an exciting forum that entitle “ How To Be A Great Teacher”. In this reflection, I will stress about the main point of our forum such as the method to produce a great teacher, the qualities of a good teacher that we want and the abilities of teacher which can attract their children’s attention.


Institut Pendidikan Guru
            From our first panel, Nurul Atiqah, she explained about the procedure to make a great teacher. She said, before becoming a good teacher, a person will be trained in teacher's institute or UPSI. In my opinion, Teacher's Training Institutes train their students better quality than the teachers from UPSI. That’s because, in this institutes they have teaching more about pedagogies which enhance pre-services teachers in teaching skills. Furthermore, they also learn subjects like children development, curriculum theories, teaching strategies and so many other subjects that related to our requirements of the ministry of education. This trainee’s teachers also should go for teaching practical. With this teaching practical, they can apply education theories and teaching strategies to real students at school and experience from this practical activity are more effective.

            On the other hand, the second panel member, Nurhafizu Adha talked about the qualities of a good teacher. A great teachers need to masters of their subject matter. They exhibit expertise in the subjects they are teaching and spend time continuing to gain new knowledge in their field. With that, students will respect their teacher at school and show their interest in our teaching and learning lessons. Apart from that, we as a teacher also need to teach our students by their potentials and level of learning. This skills is known as interpersonal intelligence. When we know our student’s ability, the achivement of teaching and learning objectives become easy and our lesson become meaningful.


            The third panel member, Khairul Nizam described the teacher’s ability to attract students. Firstly, the importance of having good communication with our students should we learn. It’s mean, great teachers need to form strong relationships with their students and show that they care about them. Teachers with these qualities are known to stay after school and make themselves available to students who need them.       

In conclusion, this forum has achieved objective and provide many benefits to all involved. Now, my friends and I already know a bit how to become an excellent teacher. All the knowledge we get from this activity we will practice and applications while in school later. “Excellent Teachers, Outstanding Students”. InsyaAllah…


06 December 2012

NASIHAT IMAM AL- GHAZALI

Nasihat Imam Al- Ghazali:

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita. 

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat. 

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya...

EMPAT "S" KESUKAAN REMAJA

Siapakah remaja ??? Remaja ialah budak lelaki atau perempuan yang sedang meningkat dewasa...Yakni, mereka yang berada dalam kerangka umur 12 tahun - 23 tahun (Stanley Hall, Bapa Psikologi Remaja) 



Menurut Stanley Hall juga, masa remaja ialah masa yang penuh dengan permasalahan. Manakala, menurut Erickson pula, masa remaja ialah masa pencarian identiti diri.

Menurut Muhammad Fuad Rosli pula, masa remaja ialah masa yang penuh dengan permasalahan pencarian identiti diri yang sebenar {amacam, boleh jadi ahli falsafah moden tak???hahaha}

Kebiasaannya, remaja ini semua berkongsi atau memiliki kesukaan yang sama. Oleh yang demikian, berikut merupakan empat "S" yang menjadi kesukaan remaja masa kini.

1. Sport (sukan)




2. Song (lagu)




3. Smoke (merokok)





4. Seks (seks)


P/S : sebenarnya, ada lagi satu "S" yang aku tak bagitahu dalam ni...lupa pula apa yang dah di dengar di Ikim.fm pilihan utama tu...sebab apa lupa, sebab dah lama ceramah motivasi remaja ni disembangkan .. huhu... YANG MANA BAIK JADIKAN TELADAN, YANG MANA TAK BAIK TINGGAL2KAN...hahaha~~~ { lagi satu S tu screen (wayang)...baru lepas tgk forum hal ehwal perdana yang membangkitkan isu yang sama ^_^}


26 November 2012

Jangan ubah dunia...


Pada suatu masa dahulu , terdapat seorang raja yang memerintah sebuah negara makmur. Satu hari, dia cuba pergi melawat ke beberapa kawasan yang jauh dari negaranya. Bila dia telah kembali ke istananya, dia merungut bahawa kakinya sangat sakit, kerana itu merupakan kali pertama dia mengikuti perjalanan yang sangat jauh , dan jalan yang dia lalui terlalu kasar dan berbatu-batu. Dia kemudiannya mengarahkan pekerjanya membuat jalan yang diliputi dengan kulit pada keseluruhan jalan.



Namun begitu, ideanya ini akan memerlukan ribuan kulit lembu malahan berjuta-juta duit perlu dibelanjakan.



Kemudian satu daripada pekerjanya yang bijak dengan berani memberitahu raja, “Kenapa anda perlu membelanjakan sejumlah wang yang banyak? Mengapa tidak anda hanya memotong sedikit  kulit bagi melindungi  kaki anda?”

Raja terkejut, tetapi dia kemudiannya bersetuju kepada cadangan itu dengan membuat satu kasut untuk dirinya.


Sekian...

P/S : pengajaran daripada cerita di atas ialah ..... { fikir sendiri...hahaha~~~ :p }

30 September 2012

BERCINTA BIAR BERPADA...CINTA PADA YANG BERHAK SAHAJA ! :D


Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga Doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencintai Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.
" Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.
(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, "Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s"
Wallahu Ta'ala A'lam

P/S : "Biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah... Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia"....Ingat tu!!! hehehe :D { peringatan buat diriku jua.....^_^ }

copy from >>> http://www.iluvislam.com

19 September 2012

" Luruskan Hatiku " - Mawaddah

VIDEO :
http://www.youtube.com/watch?v=gMXPcTeYn28&feature=related

LIRIK  LAGU :

Ya.. Allah dengan berkat Nabi-Mu dan berkat guruku
Luruskanlah hatiku, agar agamaku lurus
Betulkanlah hatiku, agar ku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku, agar ku tak tergugat
Dengan ujian yang menimpa

Ya.. Allah, Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku, agar masmumahku
Tidak merosakkan agamaku
Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain

Wahai Tuhan yang membolak - balikkan hati kuatkanlah hatiku
Agar keyakinanku tak berobah
Supaya aku sentiasa tabah

Tuhan, Engkau resapkanlah hatiku
Sentiasa bersama-Mu
Supaya aku rasa, ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku

Aku merasa malu melanggar perintah
Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhan-Mu

Ya... Allah, Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku, agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat, dan tidak hasat dan tidak berdendam sesama manusia

Tuhan, limpahkan kedalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku
Supaya lahir batinku bersyariat
Agar lahir batinku menjadi taat
Tuhan aku harap Engkau kabulkanlah doaku ini

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/07/lirik-luruskan-hatiku-tuhan-mawaddah.html#ixzz26ufSnJxw


P/S : hayatilah lagu ini... ^_^ v moga beroleh ketenangan...

15 September 2012

AKu Khawatir


* Aku khawatir terhadap suatu masa yang rodanya dapat menggilas keimanan.

* Keyakinan hanya tinggal pemikiran yang tidak berbekas dalam perbuatan.

* Ada orang baik tapi tidak berakal, ada orang berakal tapi tidak beriman.
......
* Ada yang berlisan fasih tapi berhati lalai, ada yang khusyu` namun sibuk dalam kesendirian.

* Ada ahli ibadah tapi mewarisi kesombong iblis, ada ahli maksiat tapi rendah hati bagaikan sufi.

* Ada yang banyak tertawa hingga hatinya berkarat, ada yang banyak menangis karena kufur nikmat.

* Ada yang murah senyum tapi hatinya mengumpat, ada yang berhati tulus tapi wajahnya cemberut.

* Ada yang berlisan bijak tapi tidak memberi teladan, ada juga penzina yang tampil sebagai figur panutan.

* Ada yang punya ilmu tapi tidak paham, ada yang paham ilmu tapi tidak mengamalkannya.

* Ada yang pintar tapi tukang membodohi umat, ada yang bodoh malah sok pintar.

* Ada yang beragama tapi tidak berakhlaq, ada yang berakhlaq tapi tidak bertuhan.

Lalu di antara semua itu, di mana aku berada ?

¶¶¶¶¶¶¶
______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶......................
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶...
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___(¯`
´¯) ─────────█─█
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶____`•.¸.•´-
████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶¶¨¨¨¨
█──█──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________¶¶¶¨¨¨¨
████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶________¶¶¶¶¨¨¨¨
───███████─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_____¶¶¶¶¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶......... YA ALLAH
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶......... Sesungguhnya
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶.... solat ibadah
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶...hidup dan matiku
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶..... hanyalah untuk-MU
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶...... Bila masaku telah tiba
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶............... panggillah aku
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶.. dalam keadaan
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶....... khusnul khatimah
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶.
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶.. Aamiin
_____¶¶_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶ Ya Rabbal Alamin
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
▓▒▓▒▓▒▓▒▓▒▓▒▓▒▓▒▓▒▓▒▓▒▓▒▓▒▓


Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak ,maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama tercinta.



Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak, maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim.



Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak, maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu.



Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak, maka pertahankanlah Islam dimata dunia



Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak, maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA.



Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak, maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri Tuhan yang Maha Pencipta.



Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak, maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya.



Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak, maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH itu lebih mewah daripada segala-galanya.



Jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak, maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka agar kelak menjadi GOLONGAN di atas….

(copy from facebook)


P/S : bacalah dan cuba memahami bait2 puisi di atas... tidak faham tidak mengapa...JANJI KAU TAHU... hehehe :D Sekian....

07 August 2012

Kemalangan = Accident !!! ~_~

Allahu Akbar...

Alhamdulillah...setinggi2 ucapan syukur ku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, dapat lagi aq bernafas di atas muka Bumi Allah yg Maha Luas ini...  :D

Syukur alhamdulillah, hari ini merupakan hari ke-16 aq berpuasa. Agak mencabar puasa pada kali ini kerana praktikal ke-2 aq berada dalam bulan Ramadhan...Oleh itu, keletihan yang amat sangat telah aq dan rakan2 seperjuangan rasai...{padahal xde r letih mana pun...kikiki} Namun, pabila memikirkan perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat dalam menegakkan syariat Islam dengan berperang pada bulan ini, segala keletihan itu telah ditolak ke tepi...^_^

Cabaran dan dugaan buat diriku pada Ramadhan kali ini juga tidaklah sehebat apa yg telah rakan2ku yg lain tempuhi... Sepanjang tempoh ini, sudah 3 orang rakan2ku ditimpa kecelakaan jalan raya... Sesungguhnya, malapetaka yg  menimpa diri mereka ini ada hikmahnya...InsyaAllah.. Semoga kalian cepat sembuh seperti sediakala dan menjalani praktikal seperti biasa...


layan lap mmg best, kalau jatuh " LAGI BEST!!! "

Pandu Cermat, Jiwa Selamat!!! {Ingatlah org yg tersayang}


Sepanjang aq bawak moto, x pernah lagi ditimpa kemalangan...Alhamdulillah... moga Allah SWT melindungi aq, ahli keluargaku serta sahabat2ku sentiasa daripada sebarang malapetaka... Sesungguhnya, Allah SWT Maha Berkuasa atas tiap2 makhluk di atas muka bumi ini... Maka, sentiasalah berdoa kepada Allah... Nescaya akan Allah perkenanankan doa kalian... (waqolarabb buqumud 'uni astajiba laqum)


P/S : sebelum naik moto or apa2 kenderaan tu, bacalah bismillah...kalau tgh memandu tu pulak, berzikirlah kepada Allah....ingatlah, dengan berzikir hati akan tenang... subahanAllah....alhamdulillah....walaa ilaa ha illAllah.... ALLAHU AKBAR !!! Istighfar pon boleh ...Astaghfirullah Al-'azim   ^_^ (pesanan dan peringatan untuk diri sendiri juga)

03 August 2012

NIKMAT TUHAN !


Tuhan memberikan ruang dan udara ,
Untuk kita menghambat kehidupan ,
   Biarpun aku dalam panas sinar mentarimu ,
Malammu terlalu lembut dengan udara dingin ,
Yang mencengkamku hingga jauh di hujung malam .



Tuhan memberikan ruang dan udara,
Yang cukup panjang untuk kita ,
Mendaki bukit-bukit harapan ,
Sambil mencari ketentuan ,
Yang terapung di mana-mana ,
Aku berterima kasih,
Kerana aku telah dijanjikan,
Sesuatu yang tak dapat aku pastikan...

P/S : Sedarlah kita mengenai hakikat kehidupan.  Nikmat ruang dan udara ialah unsur alam yang dianugerahkan Allah SWT kepada hamba-hambaNya supaya dapat meneruskan kehidupan. Oleh yang demikian, hendaklah kita sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan ini dengan sentiasa mengucapkan "alhamdulillah". { Indahnya hidup berTuhankan Allah yang satu } ^_^

26 July 2012

RAMADHAN DAN SAHUR !!! :D

Bismillah hirrahman nirrahim....

Allahumma...bariklana... fimaa.. razaktana...waqina...azabannar..amiin... ^_^

sesungguhnya, aq telah menjumpai dan merasai menu yang paling sedap utk disantap sebagai alas perut di bulan Ramadhan yg mulia ini....alhamdulillah...hehehe :D

 >>>> >>>

bihun sup keluaran PAMA....terbaik dari ladang.!!!

kebiasaannya, aq bersahur dgn air + kurma / nasi / biskut / roti, tapi ramadhan kali ni aq dah jumpa menu paling mudah, ringkas, cepat, sedap dan lazat.... inilah dia bihun sup PAMA... mmg istimewa... kalau tak percaya, bolehlah cuba... rasanya sgt enak + lazat sekali... rasa satu paket, nak tambah sepaket lagi...kui3:p

P/S : sahurlah kaliam kerna ia membezakan puasa agama Islam dengan agama lain ^_^


23 July 2012

Praktikum Ke-2

bismillah hirrahman nirrahim...



arini aku akan mula berpraktikum buat kali kedua... nama sekolah aku SK TELUK KETAPANG... tataw lagi mcm mana situasi di sekolah tu...moga dipermudahkan Allah segala urusan aku dan teman-teman seperjuangan... amiin...^_^

lain benar rasanya praktikum kali ni...mgkin sbb berada dalam bulan Ramadhan yg sememangnya diwajibkan ke atasku dan muslim2 yg lain berpuasa di bulan ini....moga barakah dlm bulan ini membuatkan jiwaku senang dan tenang sentiasa.... :D

02 July 2012

Ketenangan...ngeh3 ^_^

hurmmm...post sebelum ni aku sembang pasal KEPANTANGAN aku...post kali ni nak berkongsi tentang KETENANGAN pulak...baru fair n square...hak3 :D

kawan2 serumah sewa dgn aku semua tahu ....atau mungkin ada yg pelik dgn aku...ye la, muka brutal (rockers la senang cite), tp asal buka laptop je, mesti lagu nasyid...wahahaha~~~

aku pon tataw camana nak cite...tp seriously, bila dgr lagu nasyid ni, hati aku jadi tenang...aku sgt suka lagu2 yg memuji Tuhan yakni Allah SWT atau apa2 lagu yg boleh membangkitkan keinsafan kepada diriku yg lemah lagi hina ni... huhu~~~

Jadi, aku nak kongsikan la naysid dendangan Nazrey, bekas ketua kumpulan Raihan ni.... selamat mendengar.. ^_^




P/S : kepada yg x suka nasyid, boleh la pergi ke blog seterusnya...wahahaha...just click "next blog" dkt bahagian atas tu...kui3:p x semua nasyid jiwang2... dalam lirik lagu nasyid ni kebanyakkannya cuba membetulkkan perkara yg salah...so, listen carefully...not just hear that song... k, itu saja... adiossss... 

ASSALAMUALAIKUM!!! (^_^)v

23 June 2012

Kepantangan Aku!!! @_@

Asslamualaikum w.b.t...

Hari ini aku baru saja habiskan satu sesi kursus pra perkahwinan dekat tempat aku belajar...agak keletihan jugak la... bukan apa pun, duduk dan dengar je penceramah bagi info dan perkongsian pengalaman mereka yg berkaitan dgn perkahwinan...kursus praperkahwinan ni mmg menjadi syarat wajib kepada semua rakyat Malaysia yg beragama Islam yg hendak berkahwin... hidup saling cinta menyintai dan saling sayang menyayagi itu satu fitrah dalam diri setiap insan...sesiapa pun jangan nak menafikan fitrah ni...dan kebiasaannya perasaan ini diakhiri dengan perkahwinan...:p {tp,bila aku nak kahwin? itu aku pun x tahu lg...hehehe :D}

Sebenarnya, atas tu intro shja...yg aku nak post dan luahkan arini berkaitan KEPANTANGAN AKU!!! Apa itu kepantangan??? { cuba jawab dulu.... :D } kepantangan sebenarnya bermaksud sesuatu yg tidak disukai atau lebih tepat lg dibenci oleh seseorang... kepantangan ni semacam sensitiviti seseorang tu laaa...aku sgt yakin dan percaya bahawa setiap org ada kepantangan / larangan yg telah mereka tetapkan...jadi, sekarang aku nak cerita mengenai kepantangan aku tu dekat sini....ngeeeee :D

Pertama sekali ialah kepantangan aku apabila agama aku yakni ISLAM dipermain2kan atau direndah2kan...

Sesiapa yg berniat sedemikian, mmg aku tentang habis-habisan... berkenaan hal ini, aku teringat semasa aku di tingkatan 2...masa tu ada la kelas gabung sbb cikgu yg betul aku x dtg...masa tu subjek bahasa inggeris... jadi, aku dan kawan2 aku terpaksalah masuk kelas lain...kebetulan, cikgu BI kelas lg satu tu beragama lain...{maksudnya, bkn agama Islam la....} nak dipendekkan cerita, berlakulah salah faham antara aku dan cikgu BI tu... yg aku x boleh terima, dia kutuk agama Islam kaw2 punya sbb aku pakai songkok masa tu....{biasa r, budak baik kan...hahaha} then, cikgu tu siap suruh aku cabut songkok aku tu sbb aku x melambangkan sikap seorang Islam bg dia.... {padahal, dia tnya aku..."dah siap ke latihan ni???' aku jawab "dah"...dia tnya latihan lain, aku jawab benda sama jgk... dan seterusnya...} agak2 bila dia rasa dah muak, dia tetiba marah aku...aku apa lg, angin satu badan laaaaaa....aku cabut dan hentakkan songkok aku atas meja kuat2... {biasa la, darah muda :D} huh~~~ last2, kes aku ni dibawa ke guru besar...aku jgk yg dipersalahkan atas kesalahan main2 di dalam kelas....mmg sengal...padahal cikgu tu rasis gler...nyampah aku!!!


Keduanya, ialah kepantangan aku bilamana nama atau apa2 yg berkaitan ibu bapa aku diejek2 / dipermain2kan / dikutuk2 oleh orang lain... yg ni mmg aku HOT!!! Biasa r zaman budak2 dulu...suka main ejek2 nama mak bapak org lain...kutuk2 bagai...kepantangan ni jugalah yg buat aku menyirap sgt dgn cikgu BI aku dulu tu...lps dia kutuk agama aku, dia siap kata mcm ni lg kat aku..."mari ke depan sekejap..." aku pun dgn hati yg bengkak menurut je perintah dia...sampai depan, dia kata mcm ni pulak " mak bapak kamu x ajar ke..." lps tu ada la word dia yg buat kepanasan aku naik sampi ke otak...dah x igt dah....dia x abis cakap lg time tu, aku terus balik ke tempat duduk aku...dalam aty... "go to hell laaa..." hohoho~~~ nak dijadikan cerita, lalulah pengetua sekolah aku plak...dia tgh buat rondaan masa tu...tu yg kena masuk nama dalam buku merah ...kui3 :p


Kepantangan aku yang ketiga ialah ketika maruah aku atau ahli keluarga aku direndah atau dijatuhkan oleh org lain... 




Yang terakhirnya, kepantangan aku ialah mencuri.... aku teringat dulu peristiwa masa di sekolah menengah... aku duduk asrama masa tu... kes mencuri dah jadi suatu perkara biasa di asrama.... x percaya, cuba duduk asrama dulu...majoriti yang duduk asrama tahulah mcm mana situasi ini berlaku... aku dulu Ketua bagi AJK disiplin asrama...boleh dikatakan setiap tahun, mesti ada je kes mencuri ni...ada je budak dtg mengadu dkt aku... dan kebiasaannya, aku akan cuba settlekan kes mencuri ni dgn menggunakan kuasa aku...sepanjang aku menjalankan penyiasatan terhadap kes2 yg dilaporkan , alhamdulillah dapat diselesaikan... {bajet detective conan skit...heeee}Maksudnya, pencuri dapat dikenalpasti dan ditangkap untuk dibawa ke muka PENGADILAN aku....cewaaaaahhh...:D {faham2 sendiri la...} Pernah ada satu kali tu, kes "pengadilan aku" ni sampai ke pengetahuan bapa kepada seorang "penjenayah" tu...apa lg, bapa budak tu pun serang la asrama aku...gerun gak time tu...dia bawa kayu chota kot...mengamuk nak bantai aku n gang2 aku yg belasah anak dia tu...nasib baik ada sorang ustazah tu tenangkan pkcik gila tu..kalau x, mampus aku...hohoho~~~ esok harinya tu, kes aku dibawa ke pengetua sekolah...apa lg, masuk bilik disiplin r aku dan kawan aku tu... kitorang digantung asrama...{padahal kitorg duduk je asrama spnjg tempoh kena gantung tu...kikiki :D} yg paling aku sedih masa tu, mak ayah aku decide nak pindahkan aku ke sekolah lain...nasib baik x jadi...huhu~~~




P/S : Jgn cakap / buat apa2 yg menjadi kepantangan rakan kita yang mana bila ianya berlaku ke atas diri kita sendiri, kita akan menjadi marah / benci / x suka...Sekiranya ada rakan kita yg TERcakap atau TERbuat perkara2 yg menjadi kepantangan kita tu, kita cubalah berSABAR sebaik mgkin...Hal ini kerana, mgkin rakan kita tu x tahu pun benda yg mereka buat tu x disukai oleh kita....Seelok2nya, kita hendaklah berterus-terang dgn rakan kita akan hal berkenaan dan cuba menyelesaikannya sebaik mungkin....masalah boleh settle kalau semua orang bawak berbincang secara berhemah dan bertolak ansur...SEKIAN... {bab cikgu BI aku tu....aku x dpt maafkan...huhuhu~~~}

02 June 2012

TIPS KEJAYAAN ^_^

assalamualaikum...

Hari ni merupakan hari cuti... Aku dapat cuti 3 minggu selepas 2 minggu berhempas pulas menghadap buku untuk peperiksaan akhir semester...yeaaahhhhh :D

Biasalah, masa cuti2 ni perasaan bosan selalu menghimpit diri kita tatkala tiada idea / benda yang nak dibuat dekat rumah... Jadi dengan ini, aku nak berkongsilah sikit tips kejayaan yang aku dengar dari radio IKIM.fm...

PERTAMA : sentiasa berfikir

KEDUA      : sentiasa berusaha

KETIGA     : sentiasa berdoa

KEEMPAT : sentiasa bertawakal


Bagi tips yg PERTAMA tu... maksudnya, kita sebagai manusia ni haruslah sentiasa berfikir dari semasa ke semasa... Tidak kiralah berfikir cara nak menyelesaikan sesuatu masalah, berfikir untuk masa hadapan, dan sebagainya... Dengan berfikir inilah kita akan mendapat sesuatu yang baru iaitu IDEA...apabila idea sudah tercetus di minda kita, maka akan lahirlah sesuatu yang dipanggilnya USAHA!!!

Usaha perlu dilakukan secara berterusan....org yg berjaya ialah org yg sentiasa berusaha... Tanpa usaha yg gigih, kita tidak mungkin akan mengecapi KEJAYAAN... Kejayaan yg dikecapi tanpa usaha yg gigih tidak bermakna bg diri seseorang individu tu... Contohnya, seseorang individu itu menggunakan pengaruh / pangkat / status sosial mereka utk mendapatkan sesuatu dgn cara yg lebih mudah... Walaupun kejayaan tetap mereka kecapi, namun....tiadanya KEMANISAN dalam KEJAYAAN... Kejayaan yg hakiki ialah kejayaan yg dikecapi setelah melalui pelbagai ranjau, onak dan duri sebelum menggapainya...itulah yg dinamakan USAHA!!!

Seterusnya ialah sentiasa BERDOA.... setelah kita berusaha sehabis baik untuk sesuatu pekerjaan / perkara, berdoalah kepada ALLAH SWT sbg langkah seterusnya...Doa yg dipohon perlulah bersungguh2... Jangan kita sesekali berputus asa kpd Allah SWT... "berdoalah kepadaKU (Allah), nescaya akan AKU perkenankan"...  Sekiranya apa yg kita usaha dan doa tidak dimakbulkan, jgnlah kita berputus asa... Sebaliknya, kita perlu berdoa dan berusaha lg... Janganlah kita berhenti berharap kepada Allah... Melalui cara ini, walaupun kejayaan yg kita kehendaki tidak dapat dinikmati, KETENANGAN akan kita miliki...insyaALLAH...

Setelah proses berfikir, berusaha, dan berdoa telah kita tempuhi....maka, yg terakhirnya ialah proses TAWAKAL...tawakal di sini bermaksud menyerah diri kepada ALLAH SWT... sesungguhnya, Allah lah yg Maha Berkuasa... DIAlah TUHAN penguasa sekalian alam...yg menciptakan langit, dan menciptakan bumi... Siapalah kita sekiranya hidup tidak bertuhan...Siapalah kita seandainya bertuhankan selain drpd ALLAH... Sesungguhnya, Allah jualah Tuhan yg MAHA MENGETAHUI atas tiap2 sesuatu... REDHA itu indah, PASRAH itu menyerah... Oleh itu, jgn sesekali kita pasrah kerana telah adanya redha...apabila seseorang itu redha dgn ketentuan Allah, maka bahagia menanti mereka...insyaAllah...


*Tips ini juga telah aku kongsikan kepada anak2 murid aku semasa aku berpraktikum fasa pertama... Biarlah mereka x berapa nak faham aku cakap apa masa tu... Yang penting, mereka TAHU...!!! ok, itu saja....sekian...

P/S : lain org, lain tips kejayaan yg dipegang...Jadi, yang dikongsikan ini adalah asas kepada tips2 kejayaan yg lain... yang baik jadikan tauladan, yg x baik jadikan sempadan... PEACE NO WAR!!! moga NEGARAKU kekal aman dan bahagia... AMIIN YA RABB ^_^


18 April 2012

BACALAH DGN MATA HATI

http://syahirul.com/penciptaan-malaikat-jibrail/

p/s : renung2kan... {aq mmg suka baca blog org lain....blog yg mana boleh menaikkan motivasi aq, lg menginsafkan diri ini...kalau setakat pengalaman idup seseorang tu, aq kureng skit...moga kalian pon begitu juga ....peace no war...} :D

16 April 2012

JAUH PERJALANAN, LUAS PENGALAMAN...

Asslamualaikum...

Hari ni aq bukan nak cerita apa2...cuma terbaca kata-kata drpd seorang tokoh yg aq segani....


“ Sahabatku sekelian yg kukasihi,
  Kepercayaan adalah faktor paling penting bagi menentukan kejayaan dalam hubungan  
  sesama insan. Dipercayai lebih utama dari dicintai. Jika kurang dipercayai, lama kelamaan
  cinta akan terhakis.Apabila hilang kepercayaan, rasa cinta, hormat, kasih dan sayang akan
  musnah.”    Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood (16 April 2012)

Berdasarkan kata2 beliau di atas, dapatlah saya simpulkan di sini bahawa kita sebagai seorang sahabat kepada sahabat yg lain haruslah saling percaya-mempercyai antara satu dengan yg lain. Apabila seseorang sahabat telah meletakkan kepercayaan yg tinggi terhadap kita, janganlah pula ianya dikhianati kerana kelak akan memusnahkan diri. Siapalah kita tanpa teman di sisi. Tanpa mereka, kehidupan menjadi tidak berwarna. hanya sunyi dan sepi yg menemani diri. Ingatlah, berkawan biar beribu-ribu, berkasih biar satu...cewaaahh...wahaha~~~ {nk berkasih empat pon xpe kot...ngeh3 :D}

OK, sekarang aq nk berkongsi gambar ekspedisi Belukar Bukit dgn mana2 viewer yg terserempak dgn blog aq ni...hahaha... :)
1. Pendakian "belukar bukit" baru bermula....cetttt..

 2. Ketibaan ketua ranger di pucak bukit...hahaha~~~ 
                                                 
3. Aktiviti air

4. Aktiviti bergambar dalam air

5. Santai2...{semuo dh loteh gilo time nih...kui3} ^_^


 Saja je letak gmbr2 ni sbgi kenangan buat diri ini dikala sepi menghimpit diri... hohoho~~~ Yg penting, tmpt ni mmg BEST....cantik dan menarik...sesuai utk mana2 keluarga pergi berkelah...Tp jaga2 skit lar, air agk deras ye :D Aktiviti ni kami pergi selepas habis di observe oleh lecturer ketika berpraktikum di Kuala Berang... (^_^)v

14 April 2012

PENGALAMAN ITU INDAH ^_^


Bismillah hirrahman nirrahim...

Hari ini aku teringin sekali berkongsi cerita mengenai pengalaman aku berpraktikum...praktikum tu apa ye??? bagi sesiapa yang x tahu...meh sini den nak koba skit kek korang semuo (terkeluar loghat nismilan den ha..heeeeee:D} 

Praktikum ni sebenarnya macam praktikal lar...bagi budak2 atau lebih tepat lg para guru pelatih yang belajar di IPG (Institut Pendidikan Guru) / maktab, mereka ni akan menjalani praktikum sebanyak 3 kali sepanjang pengajian...jadi, aku pun tidak terkecuali... :p

Alhamdulillah, bagi praktikum 1 ni, aku sangat bersyukur dihantar ke SK PEREH, Hulu Terengganu...Walaupun sekolah tu pedalaman, tapi aku selesa dan seronok sekali berada di sana...senang cerita, x tertekan lar macam kawan2 aku yang berpraktikum di kawasan bandar... di sini aku nyatakan sedikit kelebihan atau mengapa aku bahagia sepanjang keberadaan aku di sana...

      Pertama sekali, pentadbiran sekolahnya terbaik...masa aku dan kawan aku sampai di sekolah tu, aku disambut baik oleh semua warga sekolah... cikgu2 lama yang ada dekat situ x sedikit pon rasa kekok dengan kehadiran kami...ada dalam kalangan mereka gemar berkongsi cerita dan pengalaman2 mereka sepanjang menjadi guru...selain itu, ada juga yang memberikan nasihat kepada kami sebagai guru muda yang bakal mendidik anak bangsa kelak...dan yang penting sekali, aku dan kawan aku ni dianggap sebagai "ahli keluarga baru" dalam sekolah tu...


     Keduanya mengapa aku bahagia di sini ialah aku dihormati. Walaupun aku hanya menjalani praktikum selama sebulan sahaja di sana, abg dan akk2 kantin dah mula buat aku rasa segan...layanan yang abg dan akak2 kantin berikan terlalu istimewa.... {nangis2...isk3} Mereka memanggil aku dgn panggilan "CIKGU" ...Contohnya, " cikgu, cikgu nak makan apa hari ni???" perghhh....mmg terharu giler...(brutal, brutal jgk...aku ni pun manusia biasa...mmg akan tersentuh lar bila melalui perasaan mcm ni) Biasanya, klaw akak2 kantin skolah bandar tu dia panggil aku camni je "adik, adik nak makan / minum ape??" ...gitu je... Bukan aku hendak sangat pun diri aku ni dihormati sampai begitu sekali....tapi, abg dan akak kantin sekolah aku praktikum ni hormat aku sampai tahap tu...kalau duduk lepak dgn brader kantin tu pun, dia akan bahasakan diri aku ni cikgu..."cikgu2, kalau cikgu nak tahu, dekat tempat ........ ada banyak ikan...." mereka ni sgt peramah dan "friendly"....x dapat nak diungkap dalam ni mcm mana situasi tu...huhu~~~


      Tadi cerita dekat sekolah,skrg ni cerita dekat rumah sewa yang aku tinggal plak...masyarakat kat sana mmg menghormati kerjaya guru ni...kerjaya guru ni dianggap sangat mulia...sampai kadang2 aku pun rasa malu dan segan je bila berhadapan dgn msyarakat kampung kat situ...layanan mereka tersangatlah baik pada aku..sampai ada sekali tu, aku dan kawan aku diajak ke kenduri tahlil...ada jugak yg bagi keropok lekor free..mmg murah rezeki aku dan kawan aku masa kat sana...syukur... :D

      Ketiganya, diri ini dihargai. Hari terakhir aku dan kawan aku di sekolah tu, ada lar majlis perpisahan... x sangka pula kami berdua diminta untuk berucap...jadi, semua ayat dalam ucapan aku tu x dirancang lar...semuanya keluar dari hati yang tulus....cewaaaaaaahhh...hahaha~~~ sampai member aku ni, dia bley layan tacink plak...nangis beb...hahaha...{ aq gelak sbb masa tu ada sorang cikgu lelaki muda yg ejek muka member aku tu (member aq =  lelaki) ...siap buat gaya tangan ketika menangis lg...kui3 :D },.... tp, x sangka plak ada sorang cikgu ni menangis jgk dgr ucapan member aq yg tersedu-sedan tu... itu menunjukkan diri kami ini disenangi dan disayangi lagi dihargai oleh cikgu tu...

     Begitulah serba sedikit cerita aku sepanjang berpraktikum selama sebulan di sekolah pereh...Sebenarnya, aku x tahu mcm mana aku nak tunjukkan betapa bersyukurnya aku dapat berpraktikum di sekolah tu dalam bentuk penulisan ni....selain tu, aku x tahu mcm mana nak berterima kasih kepada semua cikgu2 yang ada kat skolah tu, abg n akk2 kantin yang baik hati, org kampung yg menghormati dan menghargai kami... semoga Allah SWT memberkati kalian dan kalian dilindungi dan dirahmati Allah selalu...

Mmg aku x nafikan, ada jgk perasaan x seronok bler dapat tahu kena tggl dekat pedalaman dan jauh drpd bandar...ye r, nak tgk bola jauhhhhhhhh!!!! tu je...heeeee :D tp, bler lama2 duk situ dan mengajar di sekolah tu, aku rasa seronok plak...aq rasa mcm nak ngajar kat skolah tu je nnt...bukan ape, aq kesian kat anak2 murid aku ...aq tgk, mereka ni mcm x pentingkan pelajaran je...kalau nak dtg sekolah, diorang datang...kalau xnk, diorang x dtg....mudahhhh.... padahal ilmu tu sgt penting dalam dunia atau era globalisasi kini... tanpa ilmu, macam manalah mereka2 ni nak memajukan diri mereka nanti...??? macam mana nanti kalau anak murid aku ni hidup susah drpd apa yg mereka ada skrg??? dah besar nnt mereka nak jadi ape kalau skrg xnk blaja sgguh2??? huh.....sampai tahap tu aku fikir....sampai satu hari tu, aku luahkan jugak perasaan aku kat murid-murid tahun tiga {hari terakhir aku kat skolah tu} aku kongsi lar tips kejayaan pada diorang... Semoga, anak-anak murid aku tu faham dan sentiasa mengikut tips kejayaan yang aku bagi tu....insyaAllah, kejayaan PASTI menjadi milik mereka....amin...


"EXPERIENCE IS A GOOD TEACHER"....so, learn through your experience...although there is time felt bitter, however take it as a challenge to we attain success !!!