Brutalticer

23 December 2011

CHECK LIST DIRI =)

Tanda-tanda berkurangnya iman ialah:

1. Terus menerus melakukan dosa dan tidak merasa bersalah.

2. Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca al-Quran.

3. Lambat melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan solat.

4. Meninggalkan sunnah, sunat dan wajib.

5. Memiliki suasana hati yang gelisah seperti bosan dalam kebaikan.

6.Tidak terasa apa2 pun ketika mendengarkan ayat al-Quran yang dibacakan.

7. Berat dalam mengingati Allah.

8. Tidak merasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari’ah.

9.Terlalu bersemangat dengan kedudukan dan bimbang kehilangan jawatan.

10. Kedekut dan bakhil, tidak mahu membahagikan rezeki yang dikurniakan Allah.

11. Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.

12. Berasa senang di atas kegagalan orang lain.

13. Hanya memperhatikan yang halal dan haram, dan tidak menghindari yang makruh.

14. Mempermainkan orang yang berbuat kebaikan kecil.

15. Tidak mahu memperhatikan keadaan dan musibah yang ditanggung kaum muslimin.

16. Tidak berasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam.

17. Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya malah menyalahkan takdir, hanya boleh terima
takdir baik sahaja.

18. Suka membantah, tanpa memiliki bukti / cadangan / pandangan yang lain terhadap sesuatu isu.

19. Hanya bersemangat untuk pekerjaan duniawi, sebaliknya tidak bersemangat perkara ukhrawi.

20. Berasa bangga dengan kebaikan sendiri, sombong dan bongkak dengan kedudukan.


Post ini bertujuan untuk kita bermuhasabah diri bersama....tidaklah aku bertujuan mengatakan diriku ini lebih baik daripada kalian....akan tetapi, mengajak rakan2 semua ke arah yg lebih baik..... insyaAllah =)

23 November 2011

Petua Imam Syafi'e

Empat perkara menguatkan badan...
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan...
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata...
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata...
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran...
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR...
1. TIDUR PARA NABI >>> Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH >>> Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA >>> Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN >>> Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.



10 November 2011

~ DAKWAH UNTUK SEMUA ~

" Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Hassan al-Basri -

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk"
(Surah An-Nahl, ayat 125)


"Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya."
(Surah Ali-Imran ayat 104)


"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."
(Hadis Riwayat Muslim)

18 October 2011

movie maker ???


>>>>video ni den buek sendiri dengan menggunakan movie maker...ini merupakan video pertamo den buek utk P&P Bahasa Melayu....almaklumlah, den nie bakal jadi guru bahasa satu hari nanti....InsyaAllah =) simple jew....x menarik mano pon.... :p

05 October 2011

Sajak Pertama (^_^)v

UKHUWAH SAHABAT

Sahabat,
Engkaulah insan yang paling rapat,
Engkau jua insan terhormat,
Di saat aku terhimpit tersepit,
Engkaulah pembela,
Engkaulah penyelamat.

Masihkah waktu ada untuk kita,
Menyubur kasih dan sayang ,
Mengutip kuntuman bunga,
Menghiasi taman kasih ini.

Apa erti sahabat?
Sekiranya sukar menolong,
Apa erti sahabat?
Sekiranya sering bermuram durja,
Apa erti sahabat?
Sekiranya kejujuran sering dipertikai,
Apa erti sahabat?
Sekiranya tiada rasa sayang,
Apa erti sahabat?
Sekiranya tiada rasa belas kasihan,
Apa erti sahabat?
Sekiranya kebaikan diri tidak dihargai,
Apa erti sahabat?
Sekiranya diri tiada teman di sisi.

Sahabat,
Masihkah ada lagi waktu bagi kita,
Untuk kau dan aku menghitung dosa-dosa lalu,
Lantas membasuh dan menyinari,
Menghiasi taman-taman kasih.

Sahabat yang mulia,
Sahabat yang sebenar,
Sahabat yang abadi,
Sahabat sejati.


23 September 2011

TAFAKUR~~~


Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

( ramai )
Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

( ramai )
Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Kusujud pada kudrat-Mu
Kuserahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

( ramai )
Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

( ramai )
Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu

( ramai )
Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu

( ramai )
Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya padamu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...

Lagu : Kamal Halim
Lirik : Nawawi Ibrahim
Solo : Amaluddin
Hakcipta : Marzuq Prod.


p/s : lagu ni memang syahdu la....kalau x percaya, boleh pejamkan mata dan cuba dengar serta hayati lirik lagu yang dinyanyikan.....isk3 T_T ....

18 September 2011

AYAT YANG INI MEMANG BEST !!!

Walaupun “KUBUR LAIN-LAIN, DOSA LAIN-LAIN, SIKSA NERAKA LAIN-LAIN”

TAPI INGATLAHHH...
yang MEMANDIKAN jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang SEMBAHYANGKAN jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang MENGKAFANKAN jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang MENGKEBUMIKAN jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang MEMBACAKAN Yassin d pusara kamu "ORANG LAIN"
yang BERSEDIH diatas kematian kamu juga melibatkan "ORANG LAIN"

jadi jangan menyusahkan "YANG LAIN" DENGAN perangai kamu yang "TIDAK DISENANGI ORANG LAIN''...

14 July 2011

madah CINTA sebenar..(^_^)


"Cinta yang kucari adalah cinta Ilahi. Hati ini masih belum benar-benar mencintai Ilahi, aku tidak rela meretakkan cinta yang kusulam dengan cinta ajnabi. Carilah cintaNya yang hakiki, nescaya kau tidak kecewa dengan duniawi."

03 June 2011


sbnrnye aq xde apa2 yg nk dipostkan...so, aq post video nie jew r...let's enjoy this video yarh... :)

JIKA IA SEBUAH CINTA (^_^)

Jika ia sebuah cinta... ia tidak mendengar... namun sentiasa bergetar.

Jika ia sebuah cinta... ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa.

Jika ia sebuah cinta... ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji.

Jika ia sebuah cinta... ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha.

Jika ia sebuah cinta... ia tidak cantik namun sentiasa menarik.

Jika ia sebuah cinta... ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati.

Jika ia sebuah cinta... ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata.

Jika ia sebuah cinta... ia tidak hanya berjanji.. namun sentiasa cuba memenangi.

Jika ia sebuah cinta... ia mungkin tidak suci.. namun sentiasa harmoni.

Jika ia sebuah cinta... ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan.

Jika ia sebuah cinta... ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan... namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.


CINTAILAH KERJAYA KITA SEBAGAI GURU DENGAN SEPENUH HATI

01 June 2011

POLITIK MASA KINI!!!

Politik sebahagian daripada kehidupan. Dan Islam itu adalah cara hidup. Justeru, bagaimana kita boleh memisahkan daripada politik. Samada seorang pelajar, daie atau siapa sahaja politik pasti 'menyentuhnya'.

Telah saya nyatakan beberapa pandangan tentang politik lewat buku saya DILEMA MELAYU: KURANG FIKIR ATAU KURANG ZIKIR. Namun, samada bersahaja atau serius saya tetap ditanya dan bertanya tentang perkembangan politik kontemporari di negara kita.

Sekadar memberi pandangan, maka saya tuliskan sebuah puisi...

'KETUANAN' IMAN

Dilema perjuangan Melayu atau Islam...
Satu prajudis atau kenyataan?
Satu realiti atau ilusi?
Mari kita bicarakannya lewat puisi
Berwacana di persada kata nan indah
Merangkai minda disulaman madah
Agar bahangnya tidak begitu menyerlah
Agar dapat segalanya direnungi...
Tanpa emosi berapi-api!

Pertama mari kita fikirkan...
Agama kita sama, syahadah kita serupa
Tapi mengapa mesti berpecah?

Kedua mari kita renungkan
Bangsa kita sama, darah kita serupa
Tapi mengapa mesti bertelagah?
Darah dan syahadah boleh terpisah?

Justeru sepatutnya dengan keduanya
Lebih mudah menyatukan kita
Kerana agama dan bangsa kita sama
Akidah kita Islam, kabilah kita Melayu...
Tapi kenapa sukar untuk bersatu?

Dalam realitinya sungguh berbeza
Agama didakwa punca sengketa
Cintakan Islam telah dipolitikkan
Kononnya demi kepentingan kuasa dan kedudukan...
Islam disinonimkan dengan parti
Wajarkah begitu?

Cintakan bangsa turut dipersalah
Kasihkan watan dituduh asabiah
Melayu dan Islam bagai bertentangan
Keduanya saling berkonflik
Islam menggugat semangat patriotik
Benarkah begitu?

Cintakan agama atau bangsa?
Seolah-olah satu dilema
satu ke Timur satu ke Barat
Tak mungkin tersatu dalam muafakat
Benarkah itu satu hakikat
Atau itu hanya satu muslihat?
Lain tersirat lain tersurat?

Cubalah kita ungkai segala yang kusut
Berbicara secara tulus dan telus
Merujuk ke dasar, menyelam ke akar
Putuskan rantai kepartian...
Yang membelenggu mata dan fikiran
Putuskan sentimen ketaksuban...
Yang mengaburi fakta dan kenyataan
Marilah sama-sama bercerminkan nasib bangsa
Dari jurus misi agama!

Islam agama yang menyatukan
Justeru itulah perintah Tuhan
Apabila manusia sama-sama beriman
Maka bertautlah hati, terbentuklah persaudaraan
Iman dan persaudaraan – lazim berlaziman
Yang paling kuat tauhidnya kepada yang Esa
Dialah yang paling mesra dalam bersaudara
Bila kukuh 'habluminallah' yang vertikal
akan teguhlah 'habluminannas' yang horizontal
Itulah silahturrahim – 'hubungan' intim atas nama Ar Rahim

Bila beriman ertinya yakin
Bila yakin ertinya terikat...
Terikat dengan syariat – peraturan dan hukum Tuhan
Yang wajib ditegakkan
Yang haram ditinggalkan
Yang sunat jika mampu dilaksanakan
Yang makruh jika mampu ditinggalkan
Yang harus – terpulang
Bebas untuk membuat pilihan
Inilah 5 hukum dari Al-Quran
Yang bila semua meyakini dan mengamalkan
Secara otomatik terbentuklah perpaduan
Inilah maksud firman Allah:
"Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (peraturan Tuhan) dan janganlah kamu berpecah-belah."

Melayu juga faktor penyatu
Kerana ikatan darah itu adalah fitrah...
Cintakan bangsa adalah naluri hati
Yang tumbuh secara tabie
Jika bangsa terjajah, jiwa tersiksa...
Bangunlah semangat merdeka dengan darah dan air mata
Jika bangsa mundur, hati terdera...
Bangunlah daya juang dengan minda dan usaha
Ketuanan Melayu di bidang politik dan ekonomi
Adalah nyawa, citra dan identiti

Bangsa yang lemah, akan kalah
Bangsa yang mundur, akan terkubur
Bangsa yang kuat, akan berdaulat
Yang miskin dibela oleh agenda ekonomi
Yang jahil diberi pelajaran dalam Dasar Pelajaran
Kedua-duanya dilaksanakan dengan kuasa politik!
... selagi Melayu menguasai pemerintahan
... selagi "Hak istimewa Melayu' maktub dalam perlembagaan
Selagi itu keduanya dikekalkan
Begitulah yang dipegang sebagai rujukan

Tapi selama mana Melayu dapat menguasai pemerintahan?
Selama mana perlembagaan dapat mempertahankan?
Dalam era globalisasi dunia tanpa sempadan...
Jika jiwa Melayu sendiri melayu, kering dan berguguran?
Jika hanya berpegangkan semangat bangsa tanpa roh agama
Melayu tidak kukuh iman tak layak menjadi tuan
Bumi ini diwariskan hanya untuk hamba yang beriman
Begitu yang termaktub dalam Al-Quran

Islam dan Melayu boleh diserasikan
Yang satu FITRAH, yang satu HIDAYAH
Cinta bangsa dan agama mampu dipertautkan
Bila membela Melayu yang miskin..
Itu tanggung jawab bangsa dan itu juga tuntutan agama
Membantu Melayu yang bermasalah...
itu adalah fitrah kabilah dan itu juga jihad fisabillah
Lalu... satukanlah fitrah dengan hidayah!

Hanya hamba yang beriman layak menjadi tuan
Jadi pemimpin dengan penuh kerendahan
Memikul amanah penuh keikhlasan
Agama dan bangsa bukan milik organisasi
Justeru bukan semua Muslim dan Melayu dalam satu parti
Ada yang global, ada yang tribal, dan ada yang individual
"Hubbul Watan minal Iman"

Musuh bangsa dan agama cuma satu – dia yang dikuasai nafsu
Lalu awasilah si hamba nafsu yang punya kepentingan diri...
Dalam barisan perjuangan bangsa
Dan saf perjuangan agama!

Hakikatnya dia bukan pejuang bangsa
Dan dia pun bukan mujahid agama...
Hanya pejuang kepentingan diri dengan jubah agama
Hanya pejuang nafsu dengan baju Melayunya!

(Sahabat dan saudara, aku insan kerdil yang berkongsi kebimbangan. Lalu dengan rendah hati ku hulurkan satu peringatan. Mana tahu kalau tulisan kecil ini boleh dijadikan sedikit panduan?)

- Artikel iluvislam.com

Ustaz Pahrol Mohd Juoi