Brutalticer

13 March 2014

LIMA "F" KESUKAAN REMAJA MASA KINI ...!!!

Bismillah hirrahman nirrahim...


Jika sebelum ini saya telah berkongsi mengenai  empat "S" kesukaan remaja, pada kali ini saya sangat tertarik dan ingin berkongsi pula mengenai lima "F" kesukaan remaja masa kini...  



1. Fun ( hiburan )

Hiburan bermaksud sesuatu yang dapat menghibur, menyukakan atau mengembirakan hati. Agama Islam tidak melarang penganutnya untuk berhibur. Contohnya, aktiviti nyanyian yang dapat mengembirakan dan menghilangkan stress seseorang. Rasulullah s.a.w sendiri tidak melarang umatnya berhibur melalui nyanyian. 


   Walaupun begitu, kita seharusnya jelas dengan tujuan hidup kita di atas muka Bumi ini. Tumpuan hidup insan bukanlah kepada hiburan semata-mata, akan tetapi mengabdikan diri kepada Allah SWT. Hiburan dan nyanyian hanyalah sampingan yang menghiasi kehidupan kita. Ianya bukan tujuan hidup, tetapi termasuk dalam perkara-perkara yang diizinkan dengan batasnya.


   Pada zaman ini, nyanyian dan hiburan ada yang telah bercampur dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan syarak, sama ada persembahannya atau seni katanya. Dari situasi itu, Jawatankuasa Syariah memutuskan sebulat suara untuk meletakkan syarat-syarat berikut untuk mengharuskan nyanyian :

i. tujuan nyanyian untuk kebaikan
ii. berpakaian sopan dan menutup aurat
iii. tidak bercampur aduk lelaki dan perempuan sehingga menimbulkan fitnah dan merangsang kemaksiatan.
iv. seni kata / lirik bermutu dan tidak bercanggah dengan hukum syarak.
v. tempat dan gaya persembahan yang tidak mengundang maksiat.







2. Food ( makanan )

Makan merupakan salah satu keperluan dalam hidup kita. Tanpa makan dan minum, manusia bukan sahaja tidak mampu menjalankan aktiviti seharian, malahan akan mati tanpanya. Indahnya Islam dalam bab ini turut disentuh dalam al-Quran seperti firman Allah , 
Maksudnya:

“Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari yang Allah telah rezekikan kepadamu, bertakwalah kepada Allah dan kamu beriman kepada-Nya.” (Qs. Al-Maidah:88).

 Maksudnya, makanan yang baik dalam Islam tentulah makanan yang dihalalkan oleh Allah SWT. Halal yang dimaksudkan bukan sahaja terhad kepada jenis sesuatu makanan itu sahaja, tetapi turut melibatkan sumber rezeki yang diperoleh itu dengan cara yang bagaimana.

nyummmm....nyummmm




3. Fashion ( fesyen / gaya / stail )

Maksud "fesyen" gaya pakaian, kosmetik, tiingkah laku dan lain2(terutamanya yg terbaru) yg menjadi kegemaran ramai... fesyen ni sama la maksudnya juga dgn trend, kira ikut perkembangan semasa.... 

Kalau macam perempuan dulu... yg aku taw diorg ada baju kurung kedah, pahang (tradisional...ada pesak....ada kocek tepi tuuuu...) Jadi, bila ikut perkembangan semasa, diorg dah ada pilihan kepada baju kurung moden.... Maksudnya, pesak...kocek bagai2 tu telah ditiadakan n kebanyakannya baju kurung moden ni memang ketat n ikut bentuk badan sikit.... (tu x kira tudung, handbag, kasut n mcm2 lg r...x larat den nak koba) :P





Kalau lelaki pula sekarang ni...cukur rambut tepi nipis....Yg lg bengong, siap ada corak lg...huhuhu... Kononnya, bila buat macam tu, nampak gangster la....jalan ramai2 pergi bandar...berlagak nak mampuihhhh... phuiiii.... :p ada lagi trend skrg, pkai sluar three quater...sluar paras lutut tu... Yg ni den pun pakai....hua5 :p Selagi tutup aurat x jadi masalah....

( yg penting jgn riak sgt bila pakai pakaian tu....nawaitu kena betul...keh3 :D )







4. Film ( filem / wayang )

Wayang ni kebiasaannya budak bandar la... memang kesukaan diorg kalau melepak pergi tgk wayang...habiskan duit mak bapak... habiskan masa... :D Tapi yg lagi parah, jenis melepak depan laptop tgk muvie secara marathon...huhuhu... Budaak2 muda remaja mmg gemar la bab2 ni... Masalahnya, muvie2 yg ditonton tu x bnyk moral value...banyak menjahanamkan lagi ada la.....Allah...Allah...Allah ^_^  Aku pun layan Frozen je....cewahhh :p




5. Female ( wanita / perempuan )

Yg last ni bagi lelaki la.... Ramai lelaki tertewas dgn perempuan.... Bahaya  pengaruh perempuan lebih besar daripada duit.... Iman kalau dipupuk bertahun2 pun, tapi bila digoda dgn seorang perempuan, goyah jgk la... Makhluk Allah yg xde iman mcm gunung-ganang, kalau imannya maintain macam para malaikat....kalau yg iman naik turun ni macam MANUSIA la... siapa manusia??? Yg tgh baca post ni la....keh3 :p

sekadar gambar hiasan





P/S : ok...yg sebenarnya dah lama nk post entry ni...Tapi oleh kerana kekangan masa yg amat sgt tahun lepas, maka post ini telah lama bersarang dlm draft.... Yg mana baik drpd post ni, jadikan teladan.... Yg mana x berapa nak baik, jadikan sempadan... 


"Wahai manusia...jangan engkau mengakui engkau benar2 beriman, selagi engkau belum diuji" ...    Sekian, wassalam