Brutalticer

26 November 2012

Jangan ubah dunia...


Pada suatu masa dahulu , terdapat seorang raja yang memerintah sebuah negara makmur. Satu hari, dia cuba pergi melawat ke beberapa kawasan yang jauh dari negaranya. Bila dia telah kembali ke istananya, dia merungut bahawa kakinya sangat sakit, kerana itu merupakan kali pertama dia mengikuti perjalanan yang sangat jauh , dan jalan yang dia lalui terlalu kasar dan berbatu-batu. Dia kemudiannya mengarahkan pekerjanya membuat jalan yang diliputi dengan kulit pada keseluruhan jalan.



Namun begitu, ideanya ini akan memerlukan ribuan kulit lembu malahan berjuta-juta duit perlu dibelanjakan.



Kemudian satu daripada pekerjanya yang bijak dengan berani memberitahu raja, “Kenapa anda perlu membelanjakan sejumlah wang yang banyak? Mengapa tidak anda hanya memotong sedikit  kulit bagi melindungi  kaki anda?”

Raja terkejut, tetapi dia kemudiannya bersetuju kepada cadangan itu dengan membuat satu kasut untuk dirinya.


Sekian...

P/S : pengajaran daripada cerita di atas ialah ..... { fikir sendiri...hahaha~~~ :p }