Brutalticer

18 April 2012

BACALAH DGN MATA HATI

http://syahirul.com/penciptaan-malaikat-jibrail/

p/s : renung2kan... {aq mmg suka baca blog org lain....blog yg mana boleh menaikkan motivasi aq, lg menginsafkan diri ini...kalau setakat pengalaman idup seseorang tu, aq kureng skit...moga kalian pon begitu juga ....peace no war...} :D

16 April 2012

JAUH PERJALANAN, LUAS PENGALAMAN...

Asslamualaikum...

Hari ni aq bukan nak cerita apa2...cuma terbaca kata-kata drpd seorang tokoh yg aq segani....


“ Sahabatku sekelian yg kukasihi,
  Kepercayaan adalah faktor paling penting bagi menentukan kejayaan dalam hubungan  
  sesama insan. Dipercayai lebih utama dari dicintai. Jika kurang dipercayai, lama kelamaan
  cinta akan terhakis.Apabila hilang kepercayaan, rasa cinta, hormat, kasih dan sayang akan
  musnah.”    Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood (16 April 2012)

Berdasarkan kata2 beliau di atas, dapatlah saya simpulkan di sini bahawa kita sebagai seorang sahabat kepada sahabat yg lain haruslah saling percaya-mempercyai antara satu dengan yg lain. Apabila seseorang sahabat telah meletakkan kepercayaan yg tinggi terhadap kita, janganlah pula ianya dikhianati kerana kelak akan memusnahkan diri. Siapalah kita tanpa teman di sisi. Tanpa mereka, kehidupan menjadi tidak berwarna. hanya sunyi dan sepi yg menemani diri. Ingatlah, berkawan biar beribu-ribu, berkasih biar satu...cewaaahh...wahaha~~~ {nk berkasih empat pon xpe kot...ngeh3 :D}

OK, sekarang aq nk berkongsi gambar ekspedisi Belukar Bukit dgn mana2 viewer yg terserempak dgn blog aq ni...hahaha... :)
1. Pendakian "belukar bukit" baru bermula....cetttt..

 2. Ketibaan ketua ranger di pucak bukit...hahaha~~~ 
                                                 
3. Aktiviti air

4. Aktiviti bergambar dalam air

5. Santai2...{semuo dh loteh gilo time nih...kui3} ^_^


 Saja je letak gmbr2 ni sbgi kenangan buat diri ini dikala sepi menghimpit diri... hohoho~~~ Yg penting, tmpt ni mmg BEST....cantik dan menarik...sesuai utk mana2 keluarga pergi berkelah...Tp jaga2 skit lar, air agk deras ye :D Aktiviti ni kami pergi selepas habis di observe oleh lecturer ketika berpraktikum di Kuala Berang... (^_^)v

14 April 2012

PENGALAMAN ITU INDAH ^_^


Bismillah hirrahman nirrahim...

Hari ini aku teringin sekali berkongsi cerita mengenai pengalaman aku berpraktikum...praktikum tu apa ye??? bagi sesiapa yang x tahu...meh sini den nak koba skit kek korang semuo (terkeluar loghat nismilan den ha..heeeeee:D} 

Praktikum ni sebenarnya macam praktikal lar...bagi budak2 atau lebih tepat lg para guru pelatih yang belajar di IPG (Institut Pendidikan Guru) / maktab, mereka ni akan menjalani praktikum sebanyak 3 kali sepanjang pengajian...jadi, aku pun tidak terkecuali... :p

Alhamdulillah, bagi praktikum 1 ni, aku sangat bersyukur dihantar ke SK PEREH, Hulu Terengganu...Walaupun sekolah tu pedalaman, tapi aku selesa dan seronok sekali berada di sana...senang cerita, x tertekan lar macam kawan2 aku yang berpraktikum di kawasan bandar... di sini aku nyatakan sedikit kelebihan atau mengapa aku bahagia sepanjang keberadaan aku di sana...

      Pertama sekali, pentadbiran sekolahnya terbaik...masa aku dan kawan aku sampai di sekolah tu, aku disambut baik oleh semua warga sekolah... cikgu2 lama yang ada dekat situ x sedikit pon rasa kekok dengan kehadiran kami...ada dalam kalangan mereka gemar berkongsi cerita dan pengalaman2 mereka sepanjang menjadi guru...selain itu, ada juga yang memberikan nasihat kepada kami sebagai guru muda yang bakal mendidik anak bangsa kelak...dan yang penting sekali, aku dan kawan aku ni dianggap sebagai "ahli keluarga baru" dalam sekolah tu...


     Keduanya mengapa aku bahagia di sini ialah aku dihormati. Walaupun aku hanya menjalani praktikum selama sebulan sahaja di sana, abg dan akk2 kantin dah mula buat aku rasa segan...layanan yang abg dan akak2 kantin berikan terlalu istimewa.... {nangis2...isk3} Mereka memanggil aku dgn panggilan "CIKGU" ...Contohnya, " cikgu, cikgu nak makan apa hari ni???" perghhh....mmg terharu giler...(brutal, brutal jgk...aku ni pun manusia biasa...mmg akan tersentuh lar bila melalui perasaan mcm ni) Biasanya, klaw akak2 kantin skolah bandar tu dia panggil aku camni je "adik, adik nak makan / minum ape??" ...gitu je... Bukan aku hendak sangat pun diri aku ni dihormati sampai begitu sekali....tapi, abg dan akak kantin sekolah aku praktikum ni hormat aku sampai tahap tu...kalau duduk lepak dgn brader kantin tu pun, dia akan bahasakan diri aku ni cikgu..."cikgu2, kalau cikgu nak tahu, dekat tempat ........ ada banyak ikan...." mereka ni sgt peramah dan "friendly"....x dapat nak diungkap dalam ni mcm mana situasi tu...huhu~~~


      Tadi cerita dekat sekolah,skrg ni cerita dekat rumah sewa yang aku tinggal plak...masyarakat kat sana mmg menghormati kerjaya guru ni...kerjaya guru ni dianggap sangat mulia...sampai kadang2 aku pun rasa malu dan segan je bila berhadapan dgn msyarakat kampung kat situ...layanan mereka tersangatlah baik pada aku..sampai ada sekali tu, aku dan kawan aku diajak ke kenduri tahlil...ada jugak yg bagi keropok lekor free..mmg murah rezeki aku dan kawan aku masa kat sana...syukur... :D

      Ketiganya, diri ini dihargai. Hari terakhir aku dan kawan aku di sekolah tu, ada lar majlis perpisahan... x sangka pula kami berdua diminta untuk berucap...jadi, semua ayat dalam ucapan aku tu x dirancang lar...semuanya keluar dari hati yang tulus....cewaaaaaaahhh...hahaha~~~ sampai member aku ni, dia bley layan tacink plak...nangis beb...hahaha...{ aq gelak sbb masa tu ada sorang cikgu lelaki muda yg ejek muka member aku tu (member aq =  lelaki) ...siap buat gaya tangan ketika menangis lg...kui3 :D },.... tp, x sangka plak ada sorang cikgu ni menangis jgk dgr ucapan member aq yg tersedu-sedan tu... itu menunjukkan diri kami ini disenangi dan disayangi lagi dihargai oleh cikgu tu...

     Begitulah serba sedikit cerita aku sepanjang berpraktikum selama sebulan di sekolah pereh...Sebenarnya, aku x tahu mcm mana aku nak tunjukkan betapa bersyukurnya aku dapat berpraktikum di sekolah tu dalam bentuk penulisan ni....selain tu, aku x tahu mcm mana nak berterima kasih kepada semua cikgu2 yang ada kat skolah tu, abg n akk2 kantin yang baik hati, org kampung yg menghormati dan menghargai kami... semoga Allah SWT memberkati kalian dan kalian dilindungi dan dirahmati Allah selalu...

Mmg aku x nafikan, ada jgk perasaan x seronok bler dapat tahu kena tggl dekat pedalaman dan jauh drpd bandar...ye r, nak tgk bola jauhhhhhhhh!!!! tu je...heeeee :D tp, bler lama2 duk situ dan mengajar di sekolah tu, aku rasa seronok plak...aq rasa mcm nak ngajar kat skolah tu je nnt...bukan ape, aq kesian kat anak2 murid aku ...aq tgk, mereka ni mcm x pentingkan pelajaran je...kalau nak dtg sekolah, diorang datang...kalau xnk, diorang x dtg....mudahhhh.... padahal ilmu tu sgt penting dalam dunia atau era globalisasi kini... tanpa ilmu, macam manalah mereka2 ni nak memajukan diri mereka nanti...??? macam mana nanti kalau anak murid aku ni hidup susah drpd apa yg mereka ada skrg??? dah besar nnt mereka nak jadi ape kalau skrg xnk blaja sgguh2??? huh.....sampai tahap tu aku fikir....sampai satu hari tu, aku luahkan jugak perasaan aku kat murid-murid tahun tiga {hari terakhir aku kat skolah tu} aku kongsi lar tips kejayaan pada diorang... Semoga, anak-anak murid aku tu faham dan sentiasa mengikut tips kejayaan yang aku bagi tu....insyaAllah, kejayaan PASTI menjadi milik mereka....amin...


"EXPERIENCE IS A GOOD TEACHER"....so, learn through your experience...although there is time felt bitter, however take it as a challenge to we attain success !!!