Brutalticer

22 February 2013

TEKS FORUM BAHASA MELAYU " Budi Bahasa Budaya Kita"


{ Cubaan suara, Budi Bahasa Maruah Bangsa }

Bismillah hirrahman nirrahim....terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, rakan-rakan panel yang saya hormati, seterusnya warga dewan penyambung kemodenan negara.

Saya akan membawa anda menelusi dengan lebih mendalam mengenai cara-cara mempraktikkan bagi memupuk amalan berbudi bahasa ke arah menjulang maruah bangsa.

Warga dewan yang saya hormati,

        Amalan dan penerapan berbudi bahasa sama ada dalam komunikasi, ucapan, panggilan atau dalam perlakuan dan pergaulan dapat dipraktikkan dalam institusi kekeluargaan, kemasyarakatan, pembelajaran dan perkhidmatan.

          Dalam institusi kekeluargaan, ibu bapa wajib mendidik anak-anak supaya bertutur dengan baik dan betul di samping mempunyai kelakuan terpuji seperti bertingkah laku sopan, beradab dan tertib dalam semua keadaan.

           Di smping itu, hubungan antara pemimpin masyarakat dan orang awam. Kita hendaklah menghormati seseorang yang dipilih menjadi pemimpin dan menyokong pemimpin kita untuk menjayakan apa sahaja rancangan serta tindakan untuk kebajikan bersama.

         Bagi meneruskan perbincangan, saya akan membawa anda mengenali budaya berbudi bahasa dalam institusi perkhidmatan. Hubungan antara anggota yang dipimpin ketua dan rakan sekerja haruslah mempunyai sikap murah hati, menunjuk ajar, saling hormat-menghormati, mematuhi undang-undang serta bersikap ringan tulang dan bermuafakat.

Warga dewan intelek berevolusi,

      Selain itu, antara organisasi-organisasi dengan pelanggan, anggota perkhidmatan yang berkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan dan perkhidmatan telefonis. Adalah menjadi cerminan kepada keseluruhan organisasi yang diwakilinya. Pelanggan akan merasa tenang apabila menerima perkhidmatan yang penuh beradab dengan tutur kata yang lembut dan sopan, adi dan saksama, sedia membantu tanpa diminta serta tidak membiarkan pelanggan menunggu lama berbaris panjang dan tidak menjawab telefon dengan membiarkan ianya berbunyi lebih daripada 30 saat. Dan kita haruslah berterima kasih kepada jabatan yang telah menyediakan piagam pelanggan seperti yang terdapat di hospital-hospital kerajaan.

        Oleh yang demikian, sudah terang lagi bersuluh, amalan berbudi bahasa perlu dipraktikkan dalam institusi dan sektor awam mahupun swasta bagi mengharmonikan masyarakat dan negara. Bagi mengakhiri bicara saya, dengarkan serangkap pantun :

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Sekian, wallahualam... berbalik kepada pengerusi majlis.


>>>> ini adalah contoh teks forum remaja peringkat daerah...masa ini aku tingkatan empat...pengalaman yang berharga walaupun pada mulanya aku tak nak pun masuk...tapi cikgu BM aku, Cikgu Halimah tetap suruh aku mencuba....dan hasilnya, dapat la tempat kedua peringkat daerah rembau...hua5 :D


P/S : kadang-kadang kita tak tahu atau tak nampak bakat atau kebolehan yang ada pada diri kita....sehinggalah kita mencuba dan menempuhi segala rintangan itu sehingga berjaya.... hasilnya, KEPUASAN yang kita terima....alhamdulillah....TERIMA KASIH CIKGU!!!! ^_^