Brutalticer

08 May 2019

Sayangi Ayah


APA YANG ANDA & SAYA TIDAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH? 


Kebiasaannya,  ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari.. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? Ayah selalu tanya," Telefonlah anak kita tu tanya dia macam mana kerja.."


Semasa kecil, ibulah yang sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik sahaja ayah pulang bekerja, dengan wajah yang letih , ayah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian.. Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "Kan ayah dah kata jangan main hujan?? Kan ayah dah bagitahu jangan minum air sejuk?? ". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??


Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "TIDAK BOLEH!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayahlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.. ayah marah kita.. Tahukah kita yang ayah tidak mahu apa2 terjadi dekat kita bila keluar lewat malam?


Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan macam-macam, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi. Tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kita berjaya, ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga.. Walaupun, kadang2 ayah macam buat tidak tahu. Tapi tahukah kamu sebaik kamu pergi, ayah ceritakan dekat ibu kekaguman dia terhadap kita?


Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya.. Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita..Ayah pun tersenyum bahagia.. Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putera puteri kecilku yg manis bersama pasangannya"..


Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.. Itulah pengorbanan seorang ayah.. Apakah kita masih belum sedar? Masih memandang kemarahan ayah itu alasan untuk kita bencikan dia? Percayalah.. dia orang yang paling rindukan kamu walaupun kerinduan ibu lebih menyerlah, tak dinafikan kerinduan ayah terhadap kita mungkin melebihi kerinduan ibu dekat kita.. kita cium pipi ibu, ayah hanya tersenyum melihat.. Tahukah kita yang kita telah berlaku tidak adil terhadap ayah?? Apakah ayah tak layak mendapat ciuman sama yang kita berikan dekat ibu? Kamu lupa masa kamu kecil, ayah mendukung kamu dan mencium kamu??


#peringatandiri
#ayahanakdua

# fikir-fikirkanlah wahai sahabat.. Ayah dan ibu adalah segala-galanya.. Janganlah sesekali abaikan mereka..dan jangan sesekali membenci atau berlaku tidak adil kepada mereka..Apabila anda ditegur atau dimarahi k,terimalah dengan hati teguran yang terbuka ....Untuk kebaikan kita semua...Sayangilah mereka semasa mereka masih ada di dunia ini... 😁 Semoga aku dapat jadi anak yang baik kepada kedua org tuaku mulai hari ini... Semoga aku juga dapat menjadi ayah yang terbaik buat putera puteriku... 💗💓👨‍👩‍👦‍👦

No comments:

Post a Comment

sembang apa?!