
Sekiannnnnnn.... (^_^)

Tanda-tanda berkurangnya iman ialah:
1. Terus menerus melakukan dosa dan tidak merasa bersalah.
2. Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca al-Quran.
3. Lambat melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan solat.
4. Meninggalkan sunnah, sunat dan wajib.
5. Memiliki suasana hati yang gelisah seperti bosan dalam kebaikan.
6.Tidak terasa apa2 pun ketika mendengarkan ayat al-Quran yang dibacakan.
7. Berat dalam mengingati Allah.
8. Tidak merasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari’ah.
9.Terlalu bersemangat dengan kedudukan dan bimbang kehilangan jawatan.
10. Kedekut dan bakhil, tidak mahu membahagikan rezeki yang dikurniakan Allah.
11. Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.
12. Berasa senang di atas kegagalan orang lain.
13. Hanya memperhatikan yang halal dan haram, dan tidak menghindari yang makruh.
14. Mempermainkan orang yang berbuat kebaikan kecil.
15. Tidak mahu memperhatikan keadaan dan musibah yang ditanggung kaum muslimin.
16. Tidak berasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam.
17. Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya malah menyalahkan takdir, hanya boleh terima
takdir baik sahaja.
18. Suka membantah, tanpa memiliki bukti / cadangan / pandangan yang lain terhadap sesuatu isu.
19. Hanya bersemangat untuk pekerjaan duniawi, sebaliknya tidak bersemangat perkara ukhrawi.
20. Berasa bangga dengan kebaikan sendiri, sombong dan bongkak dengan kedudukan.
Post ini bertujuan untuk kita bermuhasabah diri bersama....tidaklah aku bertujuan mengatakan diriku ini lebih baik daripada kalian....akan tetapi, mengajak rakan2 semua ke arah yg lebih baik..... insyaAllah =)
Jika ia sebuah cinta... ia tidak mendengar... namun sentiasa bergetar.
Jika ia sebuah cinta... ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa.
Jika ia sebuah cinta... ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji.
Jika ia sebuah cinta... ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha.
Jika ia sebuah cinta... ia tidak cantik namun sentiasa menarik.
Jika ia sebuah cinta... ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati.
Jika ia sebuah cinta... ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata.
Jika ia sebuah cinta... ia tidak hanya berjanji.. namun sentiasa cuba memenangi.
Jika ia sebuah cinta... ia mungkin tidak suci.. namun sentiasa harmoni.
Jika ia sebuah cinta... ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan.
Jika ia sebuah cinta... ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan... namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.
CINTAILAH KERJAYA KITA SEBAGAI GURU DENGAN SEPENUH HATI
POLITIK MASA KINI!!!
Politik sebahagian daripada kehidupan. Dan Islam itu adalah cara hidup. Justeru, bagaimana kita boleh memisahkan daripada politik. Samada seorang pelajar, daie atau siapa sahaja politik pasti 'menyentuhnya'.
Telah saya nyatakan beberapa pandangan tentang politik lewat buku saya DILEMA MELAYU: KURANG FIKIR ATAU KURANG ZIKIR. Namun, samada bersahaja atau serius saya tetap ditanya dan bertanya tentang perkembangan politik kontemporari di negara kita.
Sekadar memberi pandangan, maka saya tuliskan sebuah puisi...
'KETUANAN' IMAN
Dilema perjuangan Melayu atau Islam...
Satu prajudis atau kenyataan?
Satu realiti atau ilusi?
Mari kita bicarakannya lewat puisi
Berwacana di persada kata nan indah
Merangkai minda disulaman madah
Agar bahangnya tidak begitu menyerlah
Agar dapat segalanya direnungi...
Tanpa emosi berapi-api!
Pertama mari kita fikirkan...
Agama kita sama, syahadah kita serupa
Tapi mengapa mesti berpecah?
Kedua mari kita renungkan
Bangsa kita sama, darah kita serupa
Tapi mengapa mesti bertelagah?
Darah dan syahadah boleh terpisah?
Justeru sepatutnya dengan keduanya
Lebih mudah menyatukan kita
Kerana agama dan bangsa kita sama
Akidah kita Islam, kabilah kita Melayu...
Tapi kenapa sukar untuk bersatu?
Dalam realitinya sungguh berbeza
Agama didakwa punca sengketa
Cintakan Islam telah dipolitikkan
Kononnya demi kepentingan kuasa dan kedudukan...
Islam disinonimkan dengan parti
Wajarkah begitu?
Cintakan bangsa turut dipersalah
Kasihkan watan dituduh asabiah
Melayu dan Islam bagai bertentangan
Keduanya saling berkonflik
Islam menggugat semangat patriotik
Benarkah begitu?
Cintakan agama atau bangsa?
Seolah-olah satu dilema
satu ke Timur satu ke Barat
Tak mungkin tersatu dalam muafakat
Benarkah itu satu hakikat
Atau itu hanya satu muslihat?
Lain tersirat lain tersurat?
Cubalah kita ungkai segala yang kusut
Berbicara secara tulus dan telus
Merujuk ke dasar, menyelam ke akar
Putuskan rantai kepartian...
Yang membelenggu mata dan fikiran
Putuskan sentimen ketaksuban...
Yang mengaburi fakta dan kenyataan
Marilah sama-sama bercerminkan nasib bangsa
Dari jurus misi agama!
Islam agama yang menyatukan
Justeru itulah perintah Tuhan
Apabila manusia sama-sama beriman
Maka bertautlah hati, terbentuklah persaudaraan
Iman dan persaudaraan – lazim berlaziman
Yang paling kuat tauhidnya kepada yang Esa
Dialah yang paling mesra dalam bersaudara
Bila kukuh 'habluminallah' yang vertikal
akan teguhlah 'habluminannas' yang horizontal
Itulah silahturrahim – 'hubungan' intim atas nama Ar Rahim
Bila beriman ertinya yakin
Bila yakin ertinya terikat...
Terikat dengan syariat – peraturan dan hukum Tuhan
Yang wajib ditegakkan
Yang haram ditinggalkan
Yang sunat jika mampu dilaksanakan
Yang makruh jika mampu ditinggalkan
Yang harus – terpulang
Bebas untuk membuat pilihan
Inilah 5 hukum dari Al-Quran
Yang bila semua meyakini dan mengamalkan
Secara otomatik terbentuklah perpaduan
Inilah maksud firman Allah:
"Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (peraturan Tuhan) dan janganlah kamu berpecah-belah."
Melayu juga faktor penyatu
Kerana ikatan darah itu adalah fitrah...
Cintakan bangsa adalah naluri hati
Yang tumbuh secara tabie
Jika bangsa terjajah, jiwa tersiksa...
Bangunlah semangat merdeka dengan darah dan air mata
Jika bangsa mundur, hati terdera...
Bangunlah daya juang dengan minda dan usaha
Ketuanan Melayu di bidang politik dan ekonomi
Adalah nyawa, citra dan identiti
Bangsa yang lemah, akan kalah
Bangsa yang mundur, akan terkubur
Bangsa yang kuat, akan berdaulat
Yang miskin dibela oleh agenda ekonomi
Yang jahil diberi pelajaran dalam Dasar Pelajaran
Kedua-duanya dilaksanakan dengan kuasa politik!
... selagi Melayu menguasai pemerintahan
... selagi "Hak istimewa Melayu' maktub dalam perlembagaan
Selagi itu keduanya dikekalkan
Begitulah yang dipegang sebagai rujukan
Tapi selama mana Melayu dapat menguasai pemerintahan?
Selama mana perlembagaan dapat mempertahankan?
Dalam era globalisasi dunia tanpa sempadan...
Jika jiwa Melayu sendiri melayu, kering dan berguguran?
Jika hanya berpegangkan semangat bangsa tanpa roh agama
Melayu tidak kukuh iman tak layak menjadi tuan
Bumi ini diwariskan hanya untuk hamba yang beriman
Begitu yang termaktub dalam Al-Quran
Islam dan Melayu boleh diserasikan
Yang satu FITRAH, yang satu HIDAYAH
Cinta bangsa dan agama mampu dipertautkan
Bila membela Melayu yang miskin..
Itu tanggung jawab bangsa dan itu juga tuntutan agama
Membantu Melayu yang bermasalah...
itu adalah fitrah kabilah dan itu juga jihad fisabillah
Lalu... satukanlah fitrah dengan hidayah!
Hanya hamba yang beriman layak menjadi tuan
Jadi pemimpin dengan penuh kerendahan
Memikul amanah penuh keikhlasan
Agama dan bangsa bukan milik organisasi
Justeru bukan semua Muslim dan Melayu dalam satu parti
Ada yang global, ada yang tribal, dan ada yang individual
"Hubbul Watan minal Iman"
Musuh bangsa dan agama cuma satu – dia yang dikuasai nafsu
Lalu awasilah si hamba nafsu yang punya kepentingan diri...
Dalam barisan perjuangan bangsa
Dan saf perjuangan agama!
Hakikatnya dia bukan pejuang bangsa
Dan dia pun bukan mujahid agama...
Hanya pejuang kepentingan diri dengan jubah agama
Hanya pejuang nafsu dengan baju Melayunya!
(Sahabat dan saudara, aku insan kerdil yang berkongsi kebimbangan. Lalu dengan rendah hati ku hulurkan satu peringatan. Mana tahu kalau tulisan kecil ini boleh dijadikan sedikit panduan?)
Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat,
pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,
kedua; engkau sembunyikan,
ketiga; engkau terimalah,
keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang
kelima; larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa,
Pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.
Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.
Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.
Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.
RENUNG2KAN & SELAMAT BERAMAL......(^_^)